PISMP 2021: Permohonan IPG Program Guru Fasa 2 & Ambilan Khas

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang perguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG), permohonan Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2021 kini telah dibuka.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa terdapat dua ambilan yang akan dibuka bagi permohonan PISMP ini iaitu:

  • Pengambilan khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Fasa 2 lulusan SPM 2018, 2019, dan 2020.
  • Pengambilan khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lepasan SPM yang mempunyai Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) dan Sijil Unified Examination Certificate Unified (UEC) bagi tahun 2021

Oleh itu, permohonan bagi pengambilan PISMP untuk kedua-dua kategori ini dibuka mulai 16 Julai hingga 22 Julai 2021 secara atas talian.

Mengenai PISMP

PISMP ialah program yang bertujuan untuk melatih bakal guru di Institut
Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

Pemohon yang terpilih akan mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama 12 bulan di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM dengan mod sepenuh masa.

Pemohon yang lulus PPISMP akan diberi Sijil Tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM.

Syarat Umum

Syarat umum bagi pengambilan khas PISMP Fasa 2 bagi lulusan SPM 2018, 2019, dan 2020 adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2021 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2001.
  3. Sihat tubuh badan.
  4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  5. Memperoleh gred cemerlang sekurang-kurangnya 5 mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  6. Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian bagi 3 mata pelajaran berikut:
    – Bahasa Melayu.
    – Sejarah.
    – Bahasa Inggeris.

Bagi syarat umum pengambilan PISMP lulusan SPM yang mempunyai SMA, SMU, dan UEC, syarat-syarat umum adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2021 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2001.
  3. Sihat tubuh badan.
  4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  5. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurangkurangnya 6 kepujian termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan lulus Sejarah.

Syarat Tambahan

Pengambilan PISMP lepasan SPM yang mempunyai SMA, SMU dan UEC, mereka perlu memenuhi syarat-syarat tambahan iaitu:

  • Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) mesti memiliki sekurang-kurangnya 3 gred kepujian di peringkat SMA atau SMU.
  • Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) mesti memiliki sekurang-kurangnya 3 gred kepujian di peringkat Sijil Senior Middle Level (UEC-SML).

Bidang Pengkhususan

Bidang pengkhususan bagi pengambilan PISMP Fasa 2 adalah seperti berikut:

i) Sekolah Kebangsaan (SK)

  • Pendidikan Muzik (SK)
  • Pendidikan Islam (SK/SJKC/SJKT)
  • Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah
  • (TESL) (SK)
  • Sains Pendidikan Rendah (SK)

ii) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

  • Bahasa Cina Pendidikan Rendah (SJKC)
  • Bimbingan Dan Kaunseling (SJKC)
  • Matematik Pendidikan Rendah (SJKC)
  • Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SJKC)
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah (SJKC)
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (SJKC)
  • Pendidikan Khas Masalah Pendengaran (SJKC)
  • Pendidikan Khas Masalah Penglihatan (SJKC)
  • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah (SJKC)
  • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah (SJKC)
  • Reka Bentuk Dan Teknologi Pendidikan Rendah (SJKC)
  • Sains Pendidikan Rendah (SJKC)
  • Sejarah Pendidikan Rendah (SJKC)
  • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah (SJKC) -Tahap Satu

iii) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

  • Bahasa Tamil Pendidikan Rendah (SJKT)
  • Bimbingan Dan Kaunseling (SJKT)
  • Matematik Pendidikan Rendah (SJKT)
  • Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SJKT)
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah (SJKT)
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (SJKT)
  • Pendidikan Khas Masalah Pendengaran (SJKT)
  • Pendidikan Khas Masalah Penglihatan (SJKT)
  • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah (SJKT)
  • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah (SJKT)
  • Reka Bentuk Dan Teknologi Pendidikan Rendah (SJKT)
  • Sains Pendidikan Rendah (SJKT)
  • Sejarah Pendidikan Rendah (SJKT)
  • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah (SJKT) -Tahap Satu

Bidang pengkhususan bagi pengambilan PISMP lepasan SPM yang mempunyai SMU, SMA dan UEC pula ialah:

  • Pendidikan Islam Pendidikan Rendah (SK/SJKC/SJKT) bagi lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU).
  • Bahasa Cina Pendidikan Rendah (SJKC) bagi Iulusan Unified Examination Certificate (UEC).

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://pismp.moe.gov.my mulai 16 Julai hingga 22 Julai 2021.
  2. Buat permohonan secara online dengan mengikuti arahan yang diberikan.
  3. Pemohon yang terpilih mesti menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), penyediaan Video Pengajaran (VP) dan Video Kecergasan Fizikal (UKF).
  4. Panduan penyediaan rakaman video pengajaran disediakan untuk rujukan pemohon boleh didapati melalui pautan di atas.
  5. Pemohon dibenarkan mengemukakan 1 permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai PISMP 2021, sila hubungi Jabatan Pengambilan dan Penempatan KPM di talian 03-8312 6720/6768/6758/6693/6678/6733/6731/6769/6689/6760.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!