Deklarasi Saringan Covid-19 (BDSC) Untuk Calon Persendirian STPM / MUET 2022  

Borang Deklarasi Saringan Covid-19 Untuk Calon Persendirian STPM / MUET 2022  ~ Untuk makluman, Majlis Peperiksaan Malaysia telah memaklumkan calon persendirian individu peperiksaan STPM / Ujian MUET dikehendaki untuk melengkapkan Borang Deklarasi Saringan Covid-19 (BDSC) dan mencetaknya sebelum tarikh ujian.

Borang Deklarasi Saringan Covid-19 boleh didapati di laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) atau melalui pautan yang akan dikongsikan di bawah.

Borang Deklarasi Saringan Covid-19 ini perlulah dicetak sendiri dan dilengkapkan dengan maklumat berkaitan kesihatan dan saringan calon.

Borang yang telah lengkap diisi mestilah diserahkan kepada petugas peperiksaan di pintu masuk pusat ujian semasa hari peperiksaan nanti.

(BDSC) Untuk Calon Persendirian

Calon Yang Perlu Isi Borang Deklarasi Saringan Covid-19 (BDSC)

Borang Deklarasi Saringan Covid-19 perlu diisi oleh calon persendirian individu bagi :

  1. Peperiksaan STPM
  2. Ujian MUET

Calon Yang Tidak Dibenarkan Duduki Ujian

Bagi membendung penularan wabak Covid-19, Majlis Peperiksaan Malaysia telah maklumkan semua calon yang memiliki kriteria berikut TIDAK DIBENARKAN untuk duduki peperiksaan atau ujian kendalian MPM.

Antara kriteria yang tidak boleh hadir ke ujian adalah seperti berikut :

  • Positif Covid-19
  • Kontak rapat kepada pesakit positif Covid-19
  • Sedang berada dalam tempoh kuarantin kendiri
  • Sedang dalam tempoh menunggu keputusan swab test
  • Memakai gelang kuarantin
  • Mengalami gejala teruk (demam, batuk, selsema dan sesak nafas)

Muat Turun Borang Deklarasi Saringan Covid-19 (BDSC) Untuk Calon Persendirian

Calon Persendirian Individu yang bakal duduki peperiksaan STPM atau MUET perlu mencetak dan melengkapkan Borang Deklarasi Saringan Covid-19 (BDSC) yang boleh dimuat turun di bawah :

BORANG DEKLARASI SARINGAN COVID-19

Pastikan borang yang dicetak lengkap diisi dengan betul sebelum ke pusat peperiksaan / ujian.

Borang Deklarasi Saringan Covid-19 (BDSC) mestilah diserahkan kepada petugas peperiksaan / ujian di pintu masuk pusat ujian kelak.

Maklumat Lanjut Mengenai Borang Deklarasi Saringan Covid-19 (BDSC) Untuk Calon Persendirian

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai MPM melalui emel di alamat [email protected]

Semoga perkongsian ini dapat membantu calon peperiksaan untuk duduki ujian tidak lama lagi.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!