Saguhati Umrah | Jemaah Umrah Yang Terpaksa Dibatalkan (RM1671/org)

Saguhati Umrah | Kepada Jemaah Umrah Yang Terpaksa Dibatalkan (RM1671/seorang) ~ Sukacita dimaklumkan, menurut sebuah kenyataan media menteri di jabatan perdana menteri (hal ehwal agama) berkenaan saguhati umrah akan dibayar pada 18 februari 2022. 

Saguhati Umrah 

Saguhati Umrah bernilai RM1671 seorang akan diikreditkan sebagai pembayaran saguhati dan tanda keprihatinan kepada jemaah umrah yang terpaksa membatalkan ibadah umrah di Tanah Suci akibat penularan jangkitan virus Omicron bermula 8 Januari yang lalu.

Pembayaran saguhati akan dikreditkan menggunakan akaun simpanan TH para jemaah umrah bagi memudahkan urusan. Senarai nama sebanyak 8,027 jemaah umrah yang terkesan dan layak menerima saguhati kepada TH telah dikenal pasti.

Daripada jumlah tersebut, pihak TH mendapati seramai hampir 1,000 jemaah umrah masih belum mempunyai akaun simpanan TH.

Pengkreditan terus saguhati sebanyak RM1,671 seorang ke dalam akaun simpanan TH akan dibuat pada hari Jumaat, 18 Februari 2022.

Saguhati Umrah

Tarikh Bayaran

Bayaran akan dibuat 18 Februari ini melalui akaun simpanan Tabung Haji.

Cara Permohonan & Semakan

Para jemaah umrah boleh melayari www.thijari.com.my untuk membuka akaun simpanan TH secara dalam talian dan hadir ke kaunter TH yang terdekat bagi proses pengaktifan akaun secara biometrik.

Bagi mereka yang mempunyai kesukaran untuk mendaftar secara atas talian, boleh terus ke cawangan TH terdekat untuk tujuan pendaftaran dan akan dibantu sebaiknya oleh semua kakitangan di cawangan-cawangan TH.

Para jemaah yang terkesan akan dilayan dengan serta merta tanpa perlu beratur dan menunggu lama.

NOTA: Oleh kerana kaedah bayaran adalah melalui akaun simpanan TH, maka semua jemaah umrah yang masih belum mempunyai akaun simpanan TH diminta untuk membuka akaun TH sebelum 18 Februari 2022.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan media di bawah untuk maklumat lanjut.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!