Cara Daftar Vaksin Dos Penggalak (Booster) Untuk Kekalkan Status Vaksinasi Lengkap

Cara Daftar Vaksin Dos Penggalak (Booster) Untuk Kekalkan Status Vaksinasi Lengkap ~ Melalui satu kenyataan media, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa penerima vaksin berusia 60 tahun ke atas dan penerima Sinovac berusia 18 ke atas perlu dapatkan dos penggalak selewat-lewatnya pada Februari 2022 bagi mengekalkan status Vaksinasi Lengkap.

Ini bermakna, bagi sesiapa yang tidak mendapatkan vaksin penggalak tidak akan mendapat status Vaksinasi Lengkap. seperti yang tertera di aplikasi MySejahtera sebelum ini. 

Cara Daftar Vaksin Dos Penggalak (Booster) 

Sukacita dimaklumkan, kepada semua penerima vaksin yang telah lengkap 2 dos, anda kini boleh memohon dos penggalak (booster dose) menerusi aplikasi MySejahtera atau secara ‘walk-in’.

Daftar Melalui MySejahtera; 

  1. Buka aplikasi MySejahtera anda. 
  2. Pergi ke pilihan “Helpdesk”.
  3. Kemudian, klik “Mula”.
  4. Klik “Janji Temu Vaksinasi Penggalak”, dan pilih G.
  5. Isi butiran lanjut seperti nombor kad pengenalan atau pasport dan muat naik dokumen yang diperlukan iaitu dokumen pengesahan umrah.
Vaksin Dos Penggalak

Anda juga boleh rujuk video melalui pautan tweet dibawah:

https://twitter.com/JKJAVMY/status/1460458795025403907?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1460458795025403907%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fecentral.my%2Fpendaftaran-booster-dose-vaksin%2F

Daftar Melalui ‘Walk-In’; 

Selain mendaftar melalui MySejahtera, anda juga boleh melakukan pendaftaran secara ‘walk-in’ bagi menerima suntikan vaksin dos penggalak (Booster Shot). 

Menurut Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak – Booster (CITF-B) dalam satu kenyataan, pendaftaran nama dalam senarai menunggu (waiting list) secara ‘walk-in’ di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara akan bermula pada 22 November 2021.

Pendaftaran secara ‘walk-in’ ini akan dilaksanakan bagi:

  • Individu yang layak pemberian dos penggalak.
  • Individu yang ingin mendapatkan suntikan secara lebih awal sebelum janji temu.
  • Individu yang masih belum menerima suntikan dos pertama atau kedua vaksin COVID-19.
  • Individu yang terlepas janji temu vaksin.
  • Remaja berusia antara 12-17 tahun yang belum melengkapkan vaksinasi.

Keutamaan pemberian dos penggalak adalah kepada:

  • Petugas barisan hadapan kesihatan, keselamatan dan pertahanan.
  • Individu berusia 40 tahun dan ke atas.
  • Individu berusia 18 tahun dan ke atas dengan komorbiditi.
  • Penghuni dan petugas di Pusat Jagaan Kesihatan Jangka Panjang.
  • Ibu mengandung.
  • Keperluan ke luar negara.

Mereka yang telah berjaya mendaftar akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu terlebih dahulu dan akan dihubungi oleh pengamal perubatan swasta terbabit sekiranya ada pembatalan janji temu atau no show oleh mereka yang telah menerima janji temu vaksin dalam MySejahtera.

Selain pendaftaran secara walk-in ke PPV fasiliti kesihatan swasta, pendaftaran juga boleh dilakukan melalui telefon dan emel.

Jenis Vaksin Penggalak Yang Disyorkan

Senarai PPV Yang Menyediakan Perkhidmatan Walk-In

Untuk melihat senarai PPV yang menyediakan perkhidmatan ‘walk-in’, sila layari: www.protecthealth.com.my

Vaksin Dos Penggalak

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan rasmi KKM di bawah:

Vaksin Dos Penggalak
Vaksin Dos Penggalak
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!