MyICE | Cara Membuat Permohonan Geran RM10,000 Untuk Pertubuhan Berdaftar

MyICE | Cara Membuat Permohonan Geran RM10,000 Untuk Pertubuhan Berdaftar ~ Sukacita dimaklumkan, Malaysian Incentive Community Empowerment (MyICE) menawarkan Geran sebanyak RM10,000 khusus kepada beberapa kategori Pertubuhan Berdaftar seperti berikut:

  • KEBAJIKAN
  • SOSIAL
  • KESELAMATAN
  • HAK ASASI

Geran MyICE

Malaysian Incentive Community Empowerment (MyICE) adalah merupakan satu inisiatif pemberian geran yang diberikan kepada Pertubuhan bagi kategori Kebajikan, Sosial, Keselamatan dan Hak Asasi yang berdaftar di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). 

Pemberian geran ini adalah bertujuan untuk pembiayaan program dan pembangunan kapasiti bagi meningkatkan kecekapan dalam mengurus tadbir pertubuhan, memupuk nilai kesukarelawan dan mengenal pasti nilai kepimpinan dalam komuniti serta mempertingkatkan lagi kerjasama antara komuniti dan agensi kerajaan.

MyICE

Syarat Kelayakan

Pertubuhan yang berdaftar dengan JPPM di bawah Akta Pertubuhan 1966 sehingga 31 Disember 2021. 

(Keutamaan akan diberikan kepada pertubuhan yang berdaftar sebelum 31 Disember 2020.)

  1. KEBAJIKAN:
  • Ibu Tunggal
  • Kebajikan Masyarakat
  • Kebajikan Ahli
  • Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Warga Emas
  • Kanak-Kanak
  • Kategori Keselamatan: 
  • Pencegahan Jenayah
  • Bomba Sukarela
  • Kategori Hak Asasi 
  • Alam Sekitar
  • Pengguna
  • Manusia
  • Pendidikan
  1. SOSIAL:
  • Alumni
  • Pendidikan
  • Penduduk
  • Keturunan
  • Pekerjaan
  • Pertubuhan yang menghantar Penyata Tahunan yang lengkap, teratur dan terkini sekurang-kurangnya Penyata Tahunan bagi tahun 2020.
  • Pertubuhan yang mempunyai rekod pengurusan yang baik.
  1. KESELAMATAN
  2. HAK ASASI

Cara Permohonan

Untuk memohon, sila isi dan lengkapkan borang permohonan di dalam sistem permohonan MyICE melalui sistem eROSES di pautan berikut: www.eroses.gov.my

Permohonan perlu dikemukakan atas nama pertubuhan melalui Setiausaha Pertubuhan dan bukan secara individu.

Pertubuhan hendaklah mengemukakan kertas kerja yang perlu dilengkapkan dalam Bahasa Melayu secara atas talian mengikut format yang ditetapkan di dalam sistem permohonan MyICE. 

Pemohon juga perlu mengemukakan salinan penyata bank yang mempunyai nama dan nombor akaun pertubuhan yang telah disahkan oleh bank dengan memuat naik ke dalam sistem permohonan.

MyICE

Tarikh Permohonan & Semakan

Permohonan MyICE boleh dibuat mulai 1 Februari 2022 sehingga 31 Mei 2022.

Manakala, keputusan permohonan akan dimaklumkan di dalam sistem permohonan MyICE melalui sistem eROSES dalam tempoh 14 hari selepas Jawatankuasa Penilaian MyICE bersidang.

Keputusan adalah tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa Penilaian MyICE dan ia adalah MUKTAMAD

Surat pemakluman mengenai penyaluran peruntukan akan dikeluarkan oleh JPPM melalui emel dan Pertubuhan hendaklah mengesahkan penerimaan bayaran dalam tempoh 14 hari daripada tarikh pemakluman.

Jumlah Peruntukan

Jumlah peruntukan yang boleh dipertimbangkan bagi kelulusan permohonan adalah sehingga RM10,000 sahaja bagi setiap Pertubuhan.

Muat Turun Manual Panduan

BIL DOKUMEN AKTIVITI
1. GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERANMUAT TURUN
2. CONTOH KERTAS KERJA PROGRAMMUAT TURUN
3. CONTOH LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAMMUAT TURUN

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim di pautan berikut: https://www.eroses.gov.my/ 

Dapatkan maklumat lanjut di: https://www.eroses.gov.my/utama_p.php 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!