Bantuan Kasih Johor : Cara Menebus Bantuan Baucer Mykasih Rm200

Bantuan Kasih Johor : Cara Menebus Bantuan Baucer Mykasih Rm200 ~ Kepada rakyat Johor, anda kini boleh menebus baucer MyKasih yang bernilai sebanyak RM200 untuk pembelian di kedai yang berdaftar di bawah program ini. 

Kerajaan Negeri Johor telah melancarkan program bantuan yang dikenali sebagai Kasih Johor di bawah MyKasih Foundation bermula pada bulan Disember 2021 ini.

Bantuan Kasih Johor, Bantuan Baucer MyKasih RM200

Bantuan Kasih Johor

Bantuan Kasih Johor adalah merupakan salah satu di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 3.0 Ihsan Johor yang diumumkan oleh YAB Dato’ Haji Hasni Bin Mohammad, Menteri Besar Johor pada bulan Jun 2021.

Melalui program ini, rakyat Johor yang berkelayakan akan menerima menerima baucer MyKasih bernilai RM200.  Baucer ini boleh digunakan dimana-mana kedai yang berdaftar dibawah MyKasih. 

Akaun penerima akan dibuka berdasarkan MyKad ke dalam sistem di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. Penerima akan menerima baucer sebanyak RM 200 melalui MyKad mereka untuk membeli barangan keperluan. 

Sehubungan dengan itu, pasaraya yang terlibat ialah pasaraya yang mempunyai sistem pembayaran khas di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan MyKad.

Inisiatif baucer barangan keperluan RM200 ini diberikan kepada isi rumah B40 bagi meringankan kos sara hidup terutama bagi pemohon yang belum pernah menerima sebarang bantuan daripada kerajaan negeri.

Syarat Kelayakan Penerima

Penerima terdiri daripada keluarga yang telah dikenalpasti melalui data isi rumah BPR yang berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) negeri Johor (RM 2,500 ke bawah). 

Data-data ini telah disemak silang dengan data-data penerima bantuan dan serta disusun mengikut keutamaan mengikut jumlah tanggungan isi rumah tertinggi adalah layak menerima bantuan baucer Kasih Johor ini. 

Jadi, anda tidak perlu melakukan apa-apa permohonan. Bagi mereka yang layak menerima bantuan ini, mereka akan terima SMS daripada pihak Kerajaan Johor, atau anda boleh menyemak status layak atau tidak dengan mengikuti langkah-langkah dibawah. 

Bantuan Kasih Johor

Semak Status Layak Atau Tidak

Penerima yang layak akan menerima SMS untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah inisiatif ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di pasaraya berdekatan.

Namun, sekiranya anda tidak menerima sebarang SMS, sila buat semakan di laman web MyKasih melalui pautan berikut: https://apps.mykasih.net:8443/mkjohor/

Tempoh Sah Laku Baucer MyKasih

Bantuan baucer ini boleh ditebus sehingga 31 Disember 2021.

Sekiranya terdapat dana baki yang belum dibelanjakan untuk bulan tersebut, dana itu akan dibawa ke bulan berikutnya.

Walau bagaimanapun, sebarang dana baki yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 30 Januari 2021 akan luput secara automatik dari akaun pemohon.

Aturcara Pembelian Bantuan Makanan MyKasih

Anda boleh rujuk aturcara pembelian makanan seperti yang tertera pada jadual di bawah:

Bantuan Kasih Johor

Pasaraya Yang Terlibat

Semak senarai kedai / pasar raya yang terlibat melalui carian di pautan berikut: https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/MerchList.aspx

Atau, layari: https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/MerchList.aspx (Lokasi kedai / pasar raya yang terlibat).

Bantuan Kasih Johor

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi MyKasih melalui  pautan yang diberikan berikut: https://www.mykasih.com.my/site/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!