Semakan Bantuan RISDA 2021| Senarai Bantuan Yang Disediakan

Semakan Bantuan RISDA 2021| Senarai Bantuan Yang Disediakan ~ Pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh pihak kerajaan bagi membantu para pekebun kecil dan penoreh getah di negara ini. 

Hal ini amat penting bagi memastikan nasib pekebun dan penoreh getah terbela di samping memastikan negara kita tidak kekurangan sumber pertanian dan getah khususnya. 

Pihak Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) telah perkenalkan pelbagai bantuan RISDA kepada yang layak termasuk Bantuan Musim Tengkujuh.

Bantuan RISDA Untuk Pekebun Kecil & Penoreh Getah  

RISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973. 

Dengan terlancarnya RISDA, nyatalah bahawa Kerajaan memandang berat di atas peranan yang dijalankan oleh Sektor Pekebun Kecil sebagai satu sektor pengeluaran hasil yang penting pada ekonomi negara.

Berikut ialah antara bantuan RISDA yang disediakan:

  • Baja
  • Alat alat menoreh
  • Alat yang kawal kecuraman menoreh
  • Insentif  RM500/hektar (Semenanjung Malaysia)
  • Insentif  RM650/hektar (Sabah, Sarawak)
  • Bantuan Musim Tengkujuh 
  • Dan lain-lain (sila rujuk laman web rasmi RISDA) 

Cara Mendapatkan Borang Permohonan Bantuan 

Sekiranya anda merupakan pekebun kecil/penoreh getah, anda boleh dapatkan borang permohonan di mana-mana cawangan RISDA yang berdekatan anda. 

Anda boleh dapatkan borang tersebut melalui kaunter atau, sila dapatkan bantuan staf/petugas sekiranya perlu. 

Setelah membuat permohonan, Pegawai RISDA akan datang melihat sendiri kebun/ladang anda untuk membuat pemerhatian dan pemeriksaan sebelum meluluskan permohonan anda. 

Jangan risau, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah dana bagi tujuan membantu peladang, penoreh getah dan pekebun kecil untuk memastikan kelangsungan usaha ini. 

Mohon segera!

Bantuan RISDA

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari: www.risda.gov.my

Untuk Bantuan Musim Tengkujuh, anda boleh layari: https://pekebunkecil.borang.my/utama

Atau, hubungi Pejabat RISDA berdekatan anda. Kehadiran ke pejabat cawangan RISDA hanya melalui Temujanji sahaja buat masa ini. 

  • Telefon : 03 – 42564022
  • Faks : 03 – 42576726
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!