Program Vaksin COVID19 Kanak-kanak Bakal Bermula Februari Ini

Program Vaksin COVID19 Kanak-kanak Bakal Bermula Februari Ini ~ Kepada ibubapa dan penjaga yang mempunyai anak berusia 5 hingga 11 tahun, sila ambil maklum perkara di bawah. 

Untuk makluman, Kerajaan akan memulakan Program Imunisasi COVID-19 bagi kanak-kanak 5 hingga bawah 12 tahun bermula Februari ini.

Program Vaksin COVID19 Kanak-kanak

Program Vaksin COVID19 kanak-kanak ini hanya melibatkan dos pediatrik vaksin Pfizer-BioNTech/Corminaty yang telah diluluskan untuk kanak-kanak bagi kategori umur 5-12 tahun setakat ini dan telah terbukti selamat dan berkesan.

Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak yang mempunyai komorbid dan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan Covid-19 yang teruk.

Manakala, sekiranya kanak-kanak mempunyai sejarah reaksi alahan teruk atau sejarah anafilaksis terhadap ubat, makanan, atau bahan yang tidak diketahui, pernah mengalami sebarang reaksi atau alahan dalam masa 72 jam terhadap dos vaksin pertama atau mana-mana kandungan vaksin Covid-19 adalah tidak digalakkan. 

Disamping itu, untuk makluman ibu bapa dan penjaga, kanak-kanak akan menerima kuantiti dos yang lebih rendah, iaitu 1/3 daripada dos uang diberikan kepada individu berumur 12 tahun ke atas.

Ujian klinikal menunjukkan pengurangan 90% kemungkinan mendapat jangkitan bergejala di kalangan kanak-kanak yang telah divaksin.

Kesan sampingan yang biasa secara amnya adalah ringan dan sederhana.

Pemberian vaksin kepada kanak-kanak akan mengurangkan kemungkinan mereka untuk mendapat penyakit serius atau mengalami komplikasi jangka masa panjang akibat jangkitan Covid-19.

Maklumat Penting Mengenai Vaksin COVID19 Kanak-kanak

Dalam sebuah sidang media, Kementerian Kesihatan Malaysia menjelaskan bahawa vaksin yang diluluskan untuk kanak-kanak bawah 12 tahun adalah seperti berikut:

Vaksin COVID19 Yang Diluluskan Untuk Kanak-kanak 5-11 Tahun;

  1. COMIRNATY 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection:
  • Merupakan vaksin COMIRNATY yang diluluskan untuk imunisasi COVID-19 kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun.
  • Sediaan ini mempunyai kekuatan yang lebih rendah berbanding vaksin COMIRNATY yang diberikan kepada individu berusia 12 tahun dan ke atas.
  1. COMIRNATY (Tris/Sucrose) 30mcg Solution for Injection:
  • Merupakan vaksin COMIRNATY dengan formulasi baharu yang tidak memerlukan pencairan (dilution) sebelum administrasi dan mempunyai tempoh jangka hayat yang lebih panjang, iaitu 10 minggu berbanding formulasi sedia ada (1 bulan) apabila disimpan pada suhu 2°C hingga 8°C setelah dinyahbeku.
  • Indikasi COMIRNATY (Tris/Sucrose) 30 mcg Solution for Injection ini adalah untuk imunisasi COVID-19 kepada individu berumur 12 tahun dan ke atas.

Untuk makluman, pemegang pendaftaran bagi kedua-dua vaksin di atas adalah Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd dan dikilangkan oleh BioNTech Manufacturing GmbH, Jerman.

Sumber: Kenyataan akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!