Permohonan Rumah Kos Rendah Pahang & Kos Sederhana Rendah

Permohonan rumah kos rendah Pahang dan rumah kos sederhana rendah di buka untuk warganegara Malaysia yang berpendapatan isi rumah kurang RM3000 sebulan. Permohonan terbuka untuk semua rakyat Malaysia pejawat awam dan swasta. Keutamaan kepada rakyat negeri Pahang atau bermastautin tidak kurang 5 tahun secara tetap

Rumah Kos Rendah Pahang & Kos Sederhana Rendah

Penyediaan rumah kos sederhana rendah adalah disyaratkan kepada pemaju bagi pembangunan tanah milik melebihi 5 ekar untuk maksud pembangunan bercampur dengan kadar 30% daripada jumlah unit kediaman yang dibina. Pembangunan bercampur adalah ditakrifkan sebagai pembangunan kediaman bersekali dengan perniagaan  komersil / industri.

Dasar Kerajaan Negeri bagi penyediaan rumah kos sederhana rendah ini adalah dikecualikan bagi Tanah Rizab Melayu

Jenis Rumah dan Spesifikasi

Jenis Rumah Teres Pangsa
Harga Jualan RM 70,000 – RM 90,000.00 seunit RM 80,000.0
Spesifikasi Rumah
Keluasan Lot Seunit 20′ x 60′ 
Keluasan Lantai 800 kaki persegi 800 kaki persegi )
Bilik Tidur 3 bilik 3 bilik
Bilik Air 2 bilik air 2 bilik air
Spesifikasi Binaan Sepertimana ditetapkan oleh Lembaga
pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 
 Sepertimana ditetapkan oleh Lembaga
pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 

Syarat dan Kelayakan


Warganegara Malaysia
Warganegara  Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Jumlah Pendapatan
Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebih RM3,000.00 sebulan.

Umur
Berumur tidak kurang daripada 18 tahun.

Pemilikan

  • Tidak mempunyai tanah (syarat tanah: Bangunan) atau rumah atau kedua-duanya sekali yang didaftarkan di atas nama pemohon atau suami / isteri pemohon;
  • Tidak pernah diberikan pemilikan rumah kos rendah (Kerajaan / Swasta) atau kos sederhana rendah;
  • Bukan seorang peserta di bawah Rancangan Pembangunan Tanah atau Rancangan Penempatan Semula yang dianjurkan oleh kerajaan; dan
  • Pemohon atau suami / isteri pemohon tidak pernah dibatalkan pendaftaran permohonan sebelum ini kerana didapati memberikan keterangan palsu.


Bermastautin
Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus tidak kurang daripada lima (5) tahun.

Dokumen Diperlukan

  1. Slip Penerimaan Pendaftaran ePerumahan
     
  2. Satu (1) Salinan Kad Pengenalan Pemohon
     
  3. Satu (1) Salinan Kad Pengenalan Suami / Isteri
     
  4. Satu (1) Salinan Sijil Nikah / Pendaftaran Perkahwinan / Perceraian
     
  5. Satu (1) Salinan Sijil Kelahiran Pemohon
     
  6. Satu (1) Salinan Slip Gaji Terkini Suami / Isteri / Surat Pengesahan Pendapatan daripada JKKK / Penghulu (Jika Tiada Slip Gaji)
     
  7. Satu (1) Salinan Slip Gaji Pemohon / Surat Pengesahan Pendapatan daripada JKKK / Penghulu (Jika Tiada Slip Gaji)
     
  8. Satu (1) Salinan Dokumen yang membuktikan tempoh menetap di Negeri Pahang / Surat Pengesahan Bermastautin di Negeri Pahang daripada JKKK / Penghulu (Jika Pemohon bukan lahir di Negeri Pahang)
     
  9. Surat Akuan Sumpah

Cara Permohonan

Permohonan melalui atas talian

Pastikan pemohon melepasi syarat yang ditetapkan sebelum membuat permohonan

  • Layari  https://eperumahan.pahang.gov.my
  • Pilih menu permohonan dan pilih rumah kos rendah dan sederhana rendah
  • Sila masukkan no kad pengenalan lama/no tentera atau polis/no kad pengenalan baru kemudian tekan butang semak
  • Lengkapkan maklumat yang diperlukan untuk memudahkan proses
  • Pastikan bahagian yang bertanda * wajib diisi Sila klik butang simpan setelah selesai mengisi borang
  • Pemohon boleh mengemaskini borang selagi tidak menekan butang hantar permohonan.
  • Jika sudah lengkapkan borang, tandakan ruangan pengakuan dan tekan butang hantar permohonan Sila cetak slip penerimaan pendaftaran dan hantar bersama dokumen sokongan dalam tempoh 7 hari dari tarikh permohonan dibuat.
  • Kemudian hantar ke Bahagian Perumahan atau mana-mana Pejabat Daerah dan Tanah.

Rujuk pautan di bawah untuk alamat pejabat daerah dan tanah untuk tujuan penghantaran permohonan

https://eperumahan.pahang.gov.my/hubungi/alamat_perumahan.php

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai masalah atau pertanyaan berkaitan Permohonan Rumah Kos Rendah Pahang dan rumah kos sederhana rendah, sila rujuk maklumat dibawah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan:

Bahagian Perumahan,

Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang,

Wisma Sri Pahang, 25503,

Kuantan, Pahang.

Tel : 09-5129412 / 09-5129415 / 09-5129416 / 09-5156303

Faks : 09-5156106


Artikel berkaitan ;

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!