Permohonan Program Rumah Harapan Rakyat 2022 (Negeri Sembilan)

Permohonan Program Rumah Harapan Rakyat 2022 (Negeri Sembilan) telah dibuka. Kepada rakyat Negeri Sembilan golongan B40 yang layak di galakan untuk mengisi permohonan

Kerajaan Negeri Sembilan telah memperkenalkan Program Rumah Harapan Rakyat bermula pada tahun 2021. Program ini adalah kemudahan pinjaman tanpa faedah untuk membina satu (1) unit rumah untuk golongan B40 yang masih belum memiliki rumah dan ingin membina rumah di atas bidang tanah masing-masing.

Bagi tahun 2022, harga seunit rumah yang akan dibina adalah sebanyak RM78,000.00, manakala amaun pinjaman pembiayaan oleh pemohon adalah sebanyak RM70,000.00 sahaja. Pinjaman pembiayaan ini adalah tanpa faedah dan bayaran balik selama 300 bulan (25 tahun).

Program Rumah Harapan Rakyat 2022 (Negeri Sembilan)

Inisiatif ini  diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang lebih sempurna dan selesa

Tarikh permohonan

Dibuka dari 15 Februari 2022 hingga 30 April 2022

Syarat-Syarat Permohonan

rumah harapan rakyat 2022
  • Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 50 tahun (keutamaan kepada anak Negeri Sembilan).
  • Bujang dan berkahwin (keutamaan kepada yang telah berkahwin)
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM4,000.00 sebulan.
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami.
  • Memiliki tanah sendiri (HAK MILIK/PERKONGSIAN) sahaja. Tanah tersebut hendaklah bersesuaian bagi pembinaan rumah dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya.
  • Keluasan minimum tanah adalah tidak kurang 2,500 kaki persegi.
  • Tanah untuk tapak rumah mestilah dalam keadaan sedia untuk pembinaan. Keadaan bentuk muka bumi adalah rata serta bebas daripada sebarang halangan dan tumbuhan liar dan boleh diakses oleh kenderaan berat.
  • Keutamaan kepada pemohon dalam kategori miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam sistem e-Kaseh.

Sebarang pengecualian kepada syarat-syarat permohonan yang telah dinyatakan adalah tertakluk kepada kelulusan/pertimbangan Panel Pelulus Rumah Harapan Rakyat

Baca juga : Permohonan BKP Negeri Sembilan : Bantuan Hilang Pekerjaan RM300

Tanggungjawab Pemohon

rumah harapan rakyat 2022
  1. Mengisi dan melengkapkan borang permohonan;
  2. menandatangani perjanjian pembiayaan dan membayar duti stem;
  3. membuat pembayaran deposit 5% (rm3,500.00);
  4. Menyediakan jalan keluar masuk ke tapak pembinaan mengikut spesifikasi;
  5. Menyediakan dan membuat penyambungan sumber bekalan air dan elektrik; dan
  6. Membuka akaun dan membuat pembayaran bulanan

Dokumen Diperlukan

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan Pasangan (Isteri/Suami)
  3. Salinan Kad Pengenalan Penjamin
  4. Salinan Sijil Nikah / Salinan Daftar Perkahwinan / Sijil Cerai / Sijil Kematian
  5. Salinan Kad Pengenalan atau Sijil Lahir / Mykid anak atau tanggungan
  6. Salinan penyata akaun bank 3 bulan terkini pemohon
  7. Salinan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (Jika berkaitan)
  8. Slip Gaji Terkini Pemohon – 3 bulan terakhir
  9. Slip Gaji Terkini Pasangan (Isteri/Suami) – 3 bulan terakhir (Jika berkaitan)
  10. Surat Pengesahan Pendapatan yang telah lengkap diisi dan disahkan (Jika berkaitan)
  11. Penyata KWSP Pemohon (Jika berkaitan)
  12. Penyata KWSP Pasangan (Isteri/Suami) (Jika berkaitan)
  13. Gambar rumah terkini (Jika ada)
  14. Gambar tapak cadangan
  15. Salinan Hakmilik Tanah
  16. Salinan Sijil Carian Rasmi
  17. Pengesahan Ketua Adat (Jika berkaitan)
  18. Surat Akuan Kebenaran Pemilik Tanah (Jika berkaitan)

Cara Permohonan

  • Muat turun borang di laman sesawang PKNNS.
  • Atau dapatkan borang permohonan di Bahagian Pengurusan Strategik PKNNS.
  • Hantar borang yang telah lengkap ke Bahagian Pengurusan Strategik PKNNS

Pemohon boleh memuat turun Iklan, Nota Maklumat dan Borang Permohonan di pautan yang tertera di bawah.

https://www.pknns.gov.my/images/BORANG_PERMOHONAN_RHR2022.pdf

Jumlah Pinjman

RM78,000

Bayaran

  • Harga Seunit – RM78,000.00
  • Pinjaman Pembiayaan – RM70,000.00
  • Bayaran Deposit 5% – RM3,500.00
  • Bayaran Balik – RM222.00 sebulan selama 300 bulan (25 tahun)

Hubungi

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan Permohonan Program Rumah Harapan Rakyat 2022 (Negeri Sembilan), anda boleh hubungi ;

PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN
BAHAGIAN PEMBANGUNAN STRATEGIK
23-H, TINGKAT 1, JALAN ZAABA,
70100 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.

Tel: 06 761 6871         

Faks: 06 761 6877

Website : www.pknns.gov.my

Facebook : https://www.facebook.com/pknns

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!