Permohonan RMR 2021: Rumah Golongan Berpendapatan Rendah
Rakyat berpendapatan rendah namun tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah boleh memohon program Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2021 di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Untuk makluman, RMR telah dilancarkan pada 16 Ogos 2002 yang diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
Oleh itu, mereka yang tergolong dalam golongan berpendapatan rendah ini dialu-alukan untuk memohon RMR ini.
Harga Rumah
Pada tahun 2021, SPNB telah mengeluarkan 6 reka bentuk RMR yang terbaru iaitu pada harga RM75,000 dan juga RM85,000 bergantung kepada jenis reka bentuk yang dipilih.
Bayaran bulanan rumah yang ditawarkan adalah serendah RM300 sahaja.
Reka Bentuk Rumah
Reka bentuk RMR yang ditawarkan adalah seperti berikut:
i) Reka bentuk 1
ii) Reka bentuk 2
iii) Reka bentuk 3
iv) Reka bentuk 4
v) Reka bentuk 5
vi) Reka bentuk 6
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon RMR adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas.
- Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000.
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri/atau memiliki rumah usang/tidak sempurna.
- Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
- Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkat berikut iaitu:
- Layari laman web https://rmr.spnbonline.com.my/.
- Klik bahagian pendaftaran baru.
- Isi maklumat dan klik butang ‘Daftar.’
- Log masuk dengan memasukkan ID Pengguna dan kata laluan.
- Lengkapkan maklumat ke dalam sistem.
- Setelah selesai, klik ‘Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang.’
- Hantar borang dan dokumen yang diperlukan Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dihantar ke Pejabat Cawangan SPNB yang berhampiran adalah seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
- Salinan kad pengenalan tuan tanah.
- Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).
- Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru.
- Slip gaji terkini (3 bulan)/surat akuan sumpah pendapatan/surat pengesahan pendapatan pemohon/pemohon kedua (disahkan melalui Penghulu/Ketua kampung/Pegawai Profesional Kelas A).
- Surat akuan sumpah/surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang (disahkan melalui Penghulu/Ketua kampung/Pegawai Profesional Kelas A).
- Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.
- Salinan sijil nikah pemohon.
- Borang laporan tapak bergambar.
Tanggungjawab Pemohon (Sekiranya Diluluskan)
Jika permohonan pemohon berjaya, mereka perlu menyelesaikan beberapa tanggungjawab iaitu:
- Perlu mengisi dan melengkapkan borang permohonan
- Perlu menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan
- Perlu menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
- Perlu membuat penyambungan bekalan utiliti setelah rumah disiapkan
- Perlu membuka akaun bank bagi pembayaran balik bulanan
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai RMR, sila hubungi pihak SPNB di talian 03-7849 2000.