Permohonan BKP Negeri Sembilan: Bantuan Hilang Pekerjaan RM300

Rakyat Negeri Sembilan yang kehilangan pekerjaan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada tahun 2021, anda boleh memohon Bantuan Kehilangan Pekerjaan (BKP) Negeri Sembilan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan.

Untuk makluman, Kerajaan Negeri Sembilan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi pelaksanaan BKP yang mana bantuan tunai secara one-off akan disalurkan kepada rakyat Negeri Sembilan yang kehilangan pekerjaan.

Tujuan BKP Negeri Sembilan ini diwujudkan adalah untuk membantu meringankan beban mereka yang telah kehilangan pekerjaan ketika pelaksanaan PKP pada tahun ini.

Permohonan BKP Negeri Sembilan ini telah dibuka mulai 30 Jun dan akan ditutup pada 30 Julai 2021 secara atas talian.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang ditetapkan menerusi BKP Negeri Sembilan bagi mereka yang layak adalah sebanyak RM300.

Bayaran akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan.

Syarat Permohonan

Pemohon yang ingin memohon BKP Negeri Sembilan ini perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

  1. Pemohon adalah Warganegara Malaysia yang menetap di Negeri Sembilan dan kehilangan pekerjaan akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan dalam tahun 2021.
  2. Pemohon masih belum mendapat sebarang pekerjaan semasa permohonan dikemukakan.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan BKP Negeri Sembilan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://www.n9.digital/ atau muat turun aplikasi N9.Digital di Google Play Store.
  2. Isi maklumat pada bahagian ‘Daftar Untuk Memohon’ dan klik butang ‘Hantar.’
  3. Anda akan menerima kod yang dihantar melalui telefon bimbit anda dan masukkan kod tersebut ke dalam paparan portal untuk bahagian seterusnya.
  4. Kemudian, muat naik gambar peribadi anda.
  5. Selepas itu, isi maklumat peribadi anda dan juga pasangan serta tanggungan.
  6. Apabila selesai, anda akan dipaparkan dengan bahagian ‘Bantuan Kehilangan Pekerjaan.’
  7. Klik pada kotak bantuan tersebut dan klik butang ‘Hantar.’
  8. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
  9. Klik butang ‘Hantar’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik bagi melengkapkan permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon.
  2. Salinan Sijil Nikah/Cerai/Kematian (yang mana berkaitan).
  3. Surat pemberhentian kerja dari majikan.
  4. Salinan penyata bank/muka depan buku akaun.

Adalah diingatkan bahawa Kerajaan Negeri berhak untuk memutuskan bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai BKP, sila layari laman web https://www.ns.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!