Rayuan STR 2023 Tarikh Permohonan & Dokumen Permohonan

Keputusan semakan STR anda tidak LULUS? Tarikh rayuan STR 2023 boleh dibuat mulai 3 Julai – 31 Julai 2023. Cara permohonan boleh dibuat secara online atau borang manual. Rujuk panduan di bawah.

Ramai mengeluh tidak menerima STR Fasa 3 termasuk penerima bagi STR Fasa 1 dan Fasa 2.

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri,pembayaran fasa 1 dan 2 adalah merujuk data lulus BKM 2022. Manakala pembayaran fasa 3 adalah mengikut data yang telah dikemas kini pada bulan Mac 2023 dan telah disemak silang dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan.

rayuan str

Sebelum anda membuat permohonan rayuan str, berikut adalah antara 3 kategori bagi penerima STR Fasa 1 & Fasa 2 yang tidak menerima STR Fasa 3

  • Tidak LULUS permohonan STR 2023
  • Perubahan status daripada khawin kepada cerai /kematian pasangan
  • Lulus kategori isi rumah (tiada anak) berpendapatan RM2501 – RM 5000

Sekiranya anda tidak LULUS permohonan STR 2023, atau anda merasakan ada kesilapan semakan keputusan daripada pihak LHDN, sila rujuk info berikut.

Tarikh Rayuan STR

  • Tarikh permohonan 03 Julai 2023
  • Tarikh tutup rayuan STR 31 Julai 2023

Rayuan STR 2023

rayuan str 2023

Tarikh rayuan str 2023 boleh dibuat mulai 03 Julai – 31 Julai 2023. Cara buat rayuan STR boleh dibuat secara online menerusi portal rasmi LHDN di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau permohonan rayuan str 2023 juga boleh dibuat dengan mengisi borang manual yang boleh di dapati di mana-mana kaunter cawangan pejabat lembaga hasil dalam negeri berhampiran anda pada tempoh rayuan.

Bagi mengelakkan rayuan STR anda tidak di LULUSKAN, adalah di nasihatkan agar anda menyemak terlebih dahulu, apakah kod alasan permohonan STR anda tidak LULUS.

Semak juga, tindakan /dokumen sokongan yang anda perlu kemukakan bersama permohonan rayuan str anda nanti.

Cara Buat Rayuan STR

  • Terlebih dahulu semak apakah kod alasan permohonan STR Fasa 3 anda tidak LULUS dengan cara login str dan semak keputusan
  • Perhatikan apakah kod alasan permohonan STR anda tidak LULUS
  • Setelah itu baca apakah tindakan /dokumen sokongan yang perlu anda sertakan ketika menghantar borang rayuan STR rujuk jadual Kod Alasan STR Tidak LULUS.

Kod Alasan STR Tidak LULUS

KODALASANPENERANGAN / DOKUMEN SOKONGAN
1ALASANMaklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan / Status Kewarganegaraan
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.      Tidak perlu sebarang pembuktian pengenalan
ii.     Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi
yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
2ALASANMaklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.      Tidak perlu sebarang pembuktian pengenalan
ii.     Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
3ALASANMaklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.      Tidak perlu sebarang pembuktian pengenalan
ii.     Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
4ALASANHubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon / Pasangan tidak sepadan dengan data agensi
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANDokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
i.      MyKAD / MyKID Anak; dan
ii.     Sijil Lahir Anak / Sijil Daftar Anak Angkat (bagi pengesahan hubungan pertalian)
5ALASANMaklumat Pengenalan Pasangan perlu pengesahan
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANDokumen asal dan Salinan yang perlu dikemukakan ialah:
i.      Dokumen Pengenalan Pasangan; atau
ii.    Sijil Lahir Anak (walaupun anak tidak didaftarkan dalam permohonan STR); atau
iii.    Sijil Perkahwinan (sekiranya pemohon tidak mempunyai anak)
6ALASANPemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGAN1.    Semakan status Orang Kurang Upaya (OKU) akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF); atau
2.    Dokumen asal dan Salinan yang boleh dikemukakan ialah:
i.      Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pemohon berumur 19 tahun dan ke atas; atau
ii.    Dokumen pembuktian tamat belajar bagi sesi 2022 / 2023 bagi pemohon berumur 21 tahun dan ke atas; atau
iii.    Dokumen pembuktian belajar separuh masa bagi sesi 22 / 2023 bagi pemohon berumur 21 tahun dan ke atas
7ALASANSemakan agensi mendapati Anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 19 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANDokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
i.      Dokumen pembuktian belajar sepenuh masa anak bagi sesi 2022 / 2023; dan
ii.     Kad Pelajar anak sesi 2022 / 2023
8ALASANSemakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANiii.    Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan
iv.    Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
9ALASANSemakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000 termasuk pendapatan sewa
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.      Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan
ii.     Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
10ALASANSemakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,500
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.      Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan
ii.     Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
11ALASANSemakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,500 termasuk pendapatan sewa
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.      Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan
ii.     Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
12ALASANAnak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.      Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan
ii.     Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
iii.    Pemohon dibenarkan membuat Rayuan Tambahan – Maklumat Anak lain yang menepati syarat kelayakan / Perubahan Pendapatan
13ALASANAnak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi termasuk pendapatan sewa
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.      Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan
ii.     Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
iii.    Pemohon dibenarkan membuat Rayuan Tambahan – Maklumat Anak lain yang menepati syarat kelayakan / Perubahan Pendapatan
14ALASANPemohon / Pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.      Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat perniagaan
ii.     Semakan  akan  dilakukan  secara terus dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
15ALASANPemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.      Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat Pemegang Saham
ii.     Semakan  akan  dilakukan  secara terus dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
16ALASANPemohon berdaftar sebagai Pengarah Syarikat
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.      Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat Pengarah Syarikat
ii.     Semakan  akan  dilakukan  secara terus dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
17ALASANPemohon berdaftar sebagai Perkongsian Liabiliti Terhad
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.      Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat Perkongsian Liabiliti Terhad
ii.     Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
18ALASANPasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.      Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat Pemegang Saham
ii.     Semakan  akan  dilakukan  secara terus dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
19ALASANPasangan berdaftar sebagai Pengarah Syarikat
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.      Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat Pengarah Syarikat
ii.     Semakan  akan  dilakukan  secara terus dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
20ALASANPasangan berdaftar sebagai Perkongsian Liabiliti Terhad
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.      Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat Perkongsian Liabiliti Terhad
ii.     Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
21ALASANPemohon memiliki 2 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.      Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat perniagaan
ii.     Semakan  akan  dilakukan  secara terus dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
22ALASANSemakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaan Pemohon / Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40)
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.      Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat pemilikan kenderaan
ii.     Semakan  akan  dilakukan  secara terus dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
23ALASANSemakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaan
Pemohon / Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40).
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.      Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat pemilikan kenderaan
ii.     Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
24ALASANSemakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaan Pemohon / pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40)
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.      Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat pemilikan kenderaan
ii.     Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
25ALASANSemakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaan
Anak melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40)
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.      Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat pemilikan kenderaan
ii.     Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
iii.    Pemohon dibenarkan membuat Rayuan Tambahan – Maklumat Anak lain yang menepati syarat kelayakan / Perubahan Pendapatan
27ALASANSemakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaan Anak melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40)
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.      Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat pemilikan kenderaan
ii.     Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
iii.    Pemohon dibenarkan membuat Rayuan Tambahan – Maklumat Anak lain yang menepati syarat kelayakan / Perubahan Pendapatan
28ALASANPemohon / Pasangan mempunyai Transaksi Pemilikan Hartanah yang melebihi RM350,000
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.      Tidak perlu sebarang pembuktian Transaksi Pemilikan Hartanah
ii.     Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan
Malaysia (MOF)
30ALASANPemohon / Pasangan mempunyai Transaksi Pembelian Saham
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.      Tidak perlu sebarang pembuktian Transaksi Pembelian Saham
ii.     Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan
Malaysia (MOF)
31ALASANPemohon tidak menetap di Malaysia / bekerja / belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.      Tidak perlu sebarang pembuktian menetap di Malaysia
ii.     Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
32ALASANPermohonan dari Luar Negara secara dalam talian
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.      Pemohon sendiri perlu hadir ke LHDNM bersama-sama borang Permohonan Rayuan STR 2023: dan
ii.     Salinan MyKAD Pemohon
33ALASANPemohon wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGAN1.    Pertimbangan hanya diberikan bagi perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 31 Mac 2023.
2.    Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
i.      Status Kahwin
a)    MyKAD Pemohon; dan
b)    Sijil / Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); atau
c)    Sijil Lahir Anak (walaupun anak tidak didaftarkan dalam permohonan STR)
ii.    Status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
a)    Sijil / Surat Pengesahan Perceraian (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); dan
b)    Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan STR)
35ALASANPasangan wujud sebagai Pemohon di permohonan lain
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGAN1.    Pertimbangan hanya diberikan bagi perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 31 Mac 2023.
2.    Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
i.      Status Kahwin
a)    MyKAD Pasangan; dan
b)    Sijil / Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); atau
c)    Sijil Lahir Anak (walaupun anak tidak didaftarkan dalam permohonan STR)
ii.    Status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
a)    Sijil / Surat Pengesahan Perceraian (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); dan
b)    Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan)
36ALASANPasangan wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGAN1.    Pertimbangan hanya diberikan bagi perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 31 Mac 2023
2.    Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
i.      Status Kahwin
a)    Dokumen Pengenalan Pasangan (MyKAD / MyPR / MyKAS / Sijil Lahir / Pasport / UNCHR (Pas Sempadan): dan
b)    Sijil / Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); atau
c)    Sijil Lahir Anak (walaupun anak tidak didaftarkan dalam permohonan STR)
ii.    Status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
a)    Sijil / Surat Pengesahan Perceraian (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); dan
b)    Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan STR)
37ALASANPasangan wujud sebagai Anak di permohonan lain
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGAN1.    Pertimbangan hanya diberikan bagi perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 31 Mac 2023
2.    Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
i.      Status Kahwin
a)    MyKAD Pasangan; dan
b)    Sijil / Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); atau
c)    Sijil Lahir Anak (walaupun anak tidak didaftarkan dalam permohonan STR)
ii.    Status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
c)    Sijil / Surat Pengesahan Perceraian (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); dan
d)    Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan STR)
38ALASANAnak telah membuat permohonan lain
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.      Tidak perlu sebarang dokumen pembuktian
ii.     Anak berkenaan Tidak layak dipertimbangkan
iii.    Pemohon dibenarkan membuat Rayuan Tambahan – Maklumat Anak lain yang menepati syarat kelayakan / Perubahan Pendapatan
39ALASANAnak wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.      Tidak perlu sebarang dokumen pembuktian
ii.     Anak berkenaan Tidak layak dipertimbangkan
iii.    Pemohon dibenarkan membuat Rayuan Tambahan – Maklumat Anak lain yang menepati syarat kelayakan /
Perubahan Pendapatan
41ALASANPemohon berstatus Kahwin tetapi tiada maklumat Pasangan
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGAN1.    Pertimbangan hanya diberikan bagi perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 31 Mac 2023
2.    Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
i.      Status Kahwin
a)    MyKAD Pemohon; dan
b)    Dokumen Pengenalan Pasangan (MyKAD / MyPR / MyKAS / Sijil Lahir / Pasport / UNCHR / (Pas Sempadan); dan
c)    Sijil / Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); atau
d)    Sijil Lahir Anak (walaupun anak tidak didaftarkan dalam permohonan STR)
ii.    Status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
a)    Sijil / Surat Pengesahan Perceraian (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); dan
b)    Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan STR)
43ALASANStatus Perkahwinan perlu pengesahan
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGAN1.    Pertimbangan hanya diberikan bagi perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 31 Mac 2023
2.    Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
i. Status Kahwin
a)    MyKAD Pemohon; dan
b)    Dokumen Pengenalan Pasangan (MyKAD / MyPR / MyKAS / Sijil Lahir / Pasport / UNCHR / (Pas Sempadan); dan
c)    Sijil / Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); atau
d)    Sijil Lahir Anak (walaupun anak tidak didaftarka dalam permohonan STR)
44ALASANSemakan agensi mendapati Anak berstatus Kahwin
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.      Tidak perlu sebarang dokumen pembuktian
ii.     Anak berkenaan Tidak layak dipertimbangkan
iii.    Pemohon dibenarkan membuat Rayuan Tambahan – Maklumat Anak lain yang menepati syarat kelayakan / Perubahan Pendapatan
46ALASANTarikh Kematian Pasangan memerlukan Salinan Sijil Kematian Pasangan
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGAN1. Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
i.      Status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
a)    Sijil Kematian Pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; dan
b)    Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat anak dalam permohonan); atau
c)    Sijil Perkahwinan (Pembuktian maklumat pasangan yang meninggal dunia)
48ALASANAnak meninggal dunia
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.      Tidak perlu sebarang dokumen pembuktian
ii.     Anak berkenaan Tidak layak dipertimbangkan
iii.    Pemohon dibenarkan membuat Rayuan Tambahan – Maklumat Anak lain yang menepati syarat kelayakan / Perubahan Pendapatan
49ALASANAnak tidak menepati syarat kelayakan
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.      Tidak perlu sebarang dokumen pembuktian
ii.     Anak berkenaan Tidak layak dipertimbangkan
iii.    Pemohon dibenarkan membuat Rayuan Tambahan –
Maklumat Anak lain yang menepati syarat kelayakan / Perubahan Pendapatan
70ALASANTarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGAN1.    Pertimbangan hanya diberikan bagi perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 31 Mac 2023
2.    Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
i.      Status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
a)    Sijil / Surat Pengesahan Perceraian (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); dan
b)    Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan STR)
71ALASANPasangan meninggal dunia
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.      Tidak perlu sebarang dokumen pembuktian kematian pasangan meninggal dunia
ii.     Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi
yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
72ALASANSemakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGAN1.    Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan
2.    Pemohon perlu melaporkan maklumat pendapatan pada Borang Permohonan Rayuan STR
73ALASANSemakan rekod agensi mendapati had kemampuan pemohon / pasangan memiliki kediaman melebihi syarat kelayakan
TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGAN1.    Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah :
i.      Dokumen Pindah Milik / Penjualan Rumah / Cukai Tanah / Cukai Pintu
ii.     Perjanjian sewa rumah bagi perayu yang menyewa

Untuk rujukan dan semakan anda boleh juga download soalan lazim rayuan STR 2023 beserta kod alasan str tidak LULUS

Keputusan Rayuan STR 2023

Semakan keputusan rayuan str dijangka dapat diketahui sekitar bulan November 2023 iaitu pada STR Fasa 4. Tarikh sebenar akan dimaklumkan dari masa kesemasa oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Rayuan STR 2023, anda juga boleh menghubungi boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!