Permohonan Bantuan JKM RM1000 BKK Bantuan Kanak-Kanak

Kerajaan telah mengumumkan menaikan permohonan Bantuan JKM RM1000 untuk kategori Bantuan Kanak-Kanak berbanding sebelum ini.

Ianya berdasarkan bajet yang telah di umumkan sejak 2021. Oleh YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyrakat

Untuk makluman, bantuan yang pihak kami maksudkan ini adalah bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk kategori Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

Berikut adalah senarai kategori bantuan mengikut kadar lama dan kadar baru yang boleh anda mohon :

Bantuan JKM RM1000:- Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

bantuan kanak kanak bkk

Kadar Bayaran

permohonan bantuan jkm rm1000

Minimum  sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan  mengikut pecahan berikut :

i.   RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
ii.  RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
iii. Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan

Tujuan

  1. Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supayadapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
  2. Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

Kelayakan

permohonan bantuan jkm rm1000
  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis
  3. Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  4. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas; ATAU
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan
  6. kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
  7. Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Cara mohon

  1. Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
  2. Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti
  • salinan Kad Pengenalan diri pemohon,
  • salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama,
  • salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama,
  • salinan penyata gaji (jika ada), dan
  • lain-lain dokumen yang berkaitan.

Borang

Sila download borang di bawah. Dan isikan semua maklumat. borang permohonan ini perlu di kemukan sekali semasa membuat permohonan manual di pejabat kebajikan bahagian masing-masing

JKM 18 Borang Permohonan Bantuan 

JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Permohonan online JKM

Boleh layari pautan berikut : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp

Hubungi

Sekiranya anda mempunyai masalah atau pertanyaan berkaitan permohonan bantuan JKM RM1000 iaitu kategori Bantuan Kanak-Kanak BKK. Boleh lah menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian masing-masing.

Boleh dapatkan melalui pautan JKM berikut ;

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045Emel : Maklum Balas (ISPAAA)

Aduan : [email protected]

ATAU

JKM Negeri

Artikel berkaitan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!