STR Fasa 2: Semakan Status Pembayaran 5 April 2023

8.7 JUTA GOLONGAN B40 AKAN MENERIMA STR FASA 2 BERNILAI RM1.26 BILION SECARA BERPERINGKAT MULAI 5 APRIL 2023

Berikut cara membuat semakan pembayaran STR Fasa 2.


Seperti yang diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, semasa membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan (2023) pada 29 Mac 2023 di Dewan Negara, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 diawalkan kepada awal bulan April 2023 bagi meringankan beban sara hidup rakyat menjelang Aidilfitri.

Pembayaran STR Fasa 2 bernilai RM1.26 bilion kepada 8.7 juta golongan B40 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 5 April 2023 (Rabu)

Sehingga 31 Mac 2023, sebanyak 714,918 permohonan baharu dan 2,618,104 permohonan kemas kini telah diterima dan akan melalui proses verifikasi sebelum diluluskan mengikut kategori kelayakan STR.

Tarikh Bayaran

Bayaran STR Fasa 2 Sumbangan tunai rahmah akan dikreditkan secara berperingkat mulai 5 April 2023 (Rabu)

Semakan Status STR Fasa 2


Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 5 April 2023. Maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Bayaran STR Fasa 2

str fasa 2 2023

Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama. Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 5 April 2023.


Dengan pembayaran ini, sejumlah RM2.93 bilion peruntukan STR telah dibayar kepada golongan B40 pada tahun 2023.

Jumlah Bayaran

KategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah Bayaran
Isi Rumah (Tiada Had Umur)RM2500 ke bawah0RM200
1-2RM200
3-4RM200
5 dan lebihRM200
KategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah Bayaran
Isi Rumah (Tiada Had Umur)RM2500 – RM50000RM200
1-2RM200
3-4RM200
5 dan lebihRM200
KategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah Bayaran
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)RM5000 ke bawah0RM100
KategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah Bayaran
Bujang (21-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM100
KategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah Bayaran
Bujang OKU (19-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM100

Pembayaran seterusnya iaitu Fasa 3 dan Fasa 4 akan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan iaitu pada bulan Julai dan November tahun ini dengan mengambil kira permohonan baharu/kemas kini STR yang diterima semasa tempoh permohonan dan pengemaskinian.

Sekiranya anda mempunyai masalah mengenai semakan permohonan STR Fasa 2 2023, disebabkan gagal untuk login MySTR, anda boleh rujuk STR Login

Soalan Lazim

Bilakah pembayaran STR Fasa 2?

STR Fasa 2 akan mula dikreditkan ke akaun penerima bermula 5 April 2023

Perlukah saya mohon semula?

Tidak. Pembayaran STR Fasa 2 akan dibayar mengikut data sebelum ini.

Bagaimana untuk semak status kelulusan?

Dengan melayari portal rasmi bantuantunai.hasil.gov.my

Kenapa duit STR belum masuk?

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat bermula 5 April dan akan mengambil masa 2-3 hari untuk disempurnakan.


SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!