NaDI : Skim Pembiayaan Niaga Darul Ehsan 2023
Mohon Skim Pembiayaan Niaga Darul Ehsan (NaDI) 2023 sekarang. Skim ini menawarkan pembiayaan sehingga RM5,000 Skim ini khusus untuk wanita mewakili isi rumah yang terjejas akbiat Covid-19. Skim ini terbuka kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan penyaluran modal pusingan perniagaan yang mudah, cepat dan tidak membebankan.
Cara Permohonan, syarat kelayakan seperti yang dinyatakan di bawah ini.
Tahukah anda bagi tahun 2022, Hijrah Selangor melalui Skim Pembiayaan Niaga Darul Ehsan (NaDI) mensasarkan sebanyak 1,722 bilangan pemohon dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM 8,610,000.00.
Jadi, jangan tunggu lagi, kepada anda yang berminat anda di pelawa untuk memohon skim ini
Apa Itu Skim Pembiayaan Niaga Darul Ehsan (NaDI)
Skim ini merupakan bantuan pinjaman kewangan sehingga RM5000. Khusus untuk Wanita mewakili Isi Rumah. Yang terjejas akibat Covid-19,yang hilang pekerjaan dan ingin memulakan perniagaan tetapi tiada modal
Semenjak dilancarkan pada 10 febuari 2021, pakej pinjaman skim nadi sudah membantu seramai 701 orang untuk mendapatkan modal pusingan bagi memulkan perniagan secara kecil-kecilan
Baca juga : Bantuan ANIS 2022 : Bantuan Anak Istimewa Selangor
Rata-rata mereka adalah antara yang terjejas dari segi pendapatan akibat pandemik covid-19 yang melanda negara.
Syarakat Kelayakan
Permohonan yang layak dipertimbangkan, haruslah memenuhi syarat-syarat seperti berikut;
- Warganegara Malaysia
- Rakyat selangor/bermastautin tidak kurang dari 5 tahun
- Mengundi di Selangor
- Berumur 18 tahun – 65 tahun
- Khusus untuk wanita
- Bersetuju membentuk 3 orang dalam satu kumpulan
Syarat Pembiayaan
- Jumlah had minima pembiayaan RM1000 dan maksima sehingga RM5,000
- Tempoh pembiayaan adalah selama 25 minggu ( 6 bulan) sehingga 150 minggu ( 3 tahun)
- Kadar keuntungan 8% setahun
- Bayaran ansuran secara mingguan
Baca juga : Skim i-Lestari Hijrah Selangor 2022 Untuk Usahawan
Dokumen di Perlukan
Permohonan perlu disertakan dengan dokumen-dokumen berkaitan seperti ;
- Salinan kad pengenalan pemohon
- 2 keping gambar berukuran passport pemohon
- Salinan penyata akaun bank (header) atau muka depan akaun (menunjukkan no.akaun pemohon)
- Salinan bil utiliti tempat tinggal
Nota: Muat naik dokumen menggunakan format pdf dan saiz dokumen tidak melebihi 5MB semasa mengisi borang permohonan secara atas talian.
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat secara atas talian menerusi pautan berikut http://mikrokredit.selangor.gov.my/e-hijrah/login
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Skim Pembiayaan Niaga Darul Ehsan (NaDI) , anda boleh layari www.hijrahselangor.com untuk maklumat lanjut atau anda juga boleh hubungi 20 Cawangan Hijrah berhampiran anda untuk pertanyaan dan permohonan pembiayaan di http://www.hijrahselangor.com/?page_id=32