Permohonan Program Intervensi Awal ANIS Negeri Selangor
Ibu bapa di Negeri Selangor yang mempunyai anak-anak dalam kategori Kurang Upaya, Kerajaan Negeri Selangor melalui Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) telah mewujudkan satu program bagi anak-anak Kurang Upaya iaitu Program Intervensi Awal ANIS.
Program Intervensi Awal ANIS merupakan program yang menyantuni golongan kanak-kanak Kurang Upaya dengan menyediakan Program Intervensi Awal selama setahun di Pusat ANIS.
Objektif pelaksanaan program intervensi ini adalah untuk:
- Membantu meringankan beban dengan menyediakan perkhidmatan intervensi awal bagi kanak-kanak istimewa kelahiran Negeri Selangor.
- Memberdaya golongan ibu bapa dengan ilmu bagi memastikan kemenjadian anak-anak Istimewa.
- Membantu Ibu Bapa melibatkan diri bersama rangkaian kumpulan sokongan anak-anak istimewa.
Pendaftaran bagi program intervensi ini telah dibuka mulai 1 Julai 2021 – 30 Julai 2021.
Mengenai Program Intervensi Awal ANIS
Melalui program intervensi ini, setiap peserta akan menjalani sesi sebanyak seminggu sekali dan tempoh masa bagi setiap sesi ialah selama 2 jam dan setiap sesi peserta akan diatur oleh pihak Pusat ANIS.
Hari | Sesi | Masa |
Isnin hingga Khamis | 1 | 8.30 pagi – 10.30 pagi |
2 | 11.00 pagi – 1.00 tengah hari | |
3 | 2.30 petang – 4.30 petang |
Tempoh masa yang diperuntukkan kepada anak-anak yang mengikuti sesi intervensi awal ini ialah selama 12 bulan sahaja.
Yuran Pengajian
Yuran pengajian yang ditetapkan bagi program intervensi ini adalah seperti berikut:
Julat Pendapatan Keluarga | Yuran | Potongan Jika Anak OKU Lebih Dari Seorang |
Kurang dari RM 5,000 | Dikecualikan | – |
RM 5,001 – RM 6,000 | RM50 | 50% |
RM 6,001 – RM 8,000 | RM70 | 50% |
RM 8,001 – RM 10,000 | RM90 | 30% |
Anak Kurang Upaya Yang Terlibat
Program Intervensi Awal ANIS ini akan melibatkan anak-anak Kurang Upaya seperti:
- Autisme
- ADHD
- Global Developmental Delay
- Down Syndrome
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan bagi pemohon yang ingin memasukkan anak-anak mereka ke dalam program intervensi ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Permohonan dibuka kepada semua Kanak-Kanak Istimewa di Negeri Selangor bagi kategori Kurang Upaya Pembelajaran (Autisme, ADHD, Global Developmental Delay dan Down Syndrome) yang berumur antara 2 – 6 tahun
- Memiliki Diagnosis dari doktor yang bertauliah.
- Pendaftaran dibuka kepada golongan B40 dan M40.
- Ibu/bapa/penjaga merupakan pengundi di Negeri Selangor.
- Ibu/bapa/penjaga lahir di Negeri Selangor dan sedang menetap di Selangor atau ibu/bapa/penjaga bukan kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor minimum 10 tahun (perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin daripada pengesah yang dibenarkan).
- Sekiranya penjaga merupakan ibu bapa angkat maka pengangkatan hendaklah sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973.
- Ibu bapa boleh memberi komitmen yang tinggi sepanjang anak berada di Pusat ANIS.
- Ibu bapa mestilah melengkapkan permohonan dan melampirkan dokumen sokongan.
Cara Memohon
Permohonan boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web https://www.anisselangor.com/intervensianis.
- Klik butang ‘Permohonan Baru.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Hantar.’
- Cetak borang permohonan dan hantar bersama dengan dokumen yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.
- Borang permohonan dan dokumen perlu dihantar melalui:
– Email: [email protected]
– Pos: Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS, Yayasan Warisan Anak Selangor, Lot G26-G28 Tingkat G, Bangunan IDCC, Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15, 40200 Shah Alam.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang perlu dihantar bersama borang permohonan yang dicetak adalah seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan pemohon
- Salinan Kad Pengenalan pasangan
- Salinan Kad Pengenalan Anak
- Salinan Kad OKU anak (jika ada)
- Salinan Diagnosis dari doktor yang bertauliah
- Salinan Sijil Daftar / Kad Nikah Ibu Bapa
- Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika berkenaan)
- Cop Pengesahan Mastautin yang disahkan pada borang permohonan (Rujuk pada Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan sahaja)
- Salinan slip gaji ibu DAN bapa
- Salinan slip Semakan Daftar Pemilih SPR yang boleh di dapati di www.pengundi.spr.gov.my
Bagi ibubapa/penjaga yang bukan kelahiran Negeri Selangor perlu mendapatkan Cop Pengesahan Taraf Mastautin daripada Pegawai Pengesah di kawasan tempat tinggal pemohon sama ada:
- Ahli Parlimen/Senator
- ADUN/Pengerusi JK Penyelaras DUN
- Penghulu/Ketua Kampung
- Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan
- Pengerusi Taman Perumahan/Ketua Blok
- Masjid/Pengerusi Surau/Ketua Tokong/Ketua Kuil/Ketua Gereja/Ketua Komuniti
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai Progam Intervensi Awal ANIS, sila hubungi Pusat ANIS iaitu 03-55453170 atau Ibu Pejabat YAWASA di talian 03-54818800.