Biodata Putera Mateen Hassanal Bolkiah Tunang Anisha Rosnah

Kenali Putera Abdul Mateen Hassanal Bolkiah tunang Anisha Rosnah. Perkahwinan diraja Putera Abdul Mateen dan Anisha Rosnah binti Adam diisytiharkan atas titah Sultan Hassanal Bolkiah.

Majlis perkhawinan diraja itu bakal berlangsung selama 10 hari bermula pada 7 Januari 2024.

putera mateen kahwin
Putera Mateen Bakal Berkahwin dengan gadis pilihan hatinya Anisha Rosnah pada Januari 2024

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien merupakan gelaran rasmi kepada Putera Mateen.

Beliau merupakan anak kepada sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Datin Paduka Seri Hajah Maryam binti Haji Abdul Aziz.

Pangeran muda juga mempunyai 3 orang adik beradik, dan 8 adik-beradik berlainan bonda.

Selain memiliki rupa paras yang kacak, beliau juga meminati sukan lasak seperti polo dan bola sepak.

Pangeran Muda Abdul Mateen juga sentiasa menamani ayahandanya untuk urusan diplomatik bagi negara Brunei.

Apa yang menarik mengenai pangeran muda ini? Jom kenali biodata Pangeran Muda

Biodata Putera Mateen

biodata putera mateen

Nama penuh : Abdul Mateen Ibni Hassanal Bolkiah

Umur : 32 tahun (2023)

Tarikh lahir : 10 Ogos 1991

Bangsa : Melayu Brunei

Agama : Islam

Tinggi : 1.73 m

Tempat lahir : Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan, Brunei

Ayanda : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien

Bonda : Datin Paduka Seri Hajah Maryam binti Haji Abdul Aziz

Adik-beradik Kandung Putera Mateen

  • Almarhum, Pengiran Muda Haji Abdul Azim
  • Pengiran Anak Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah, 39
  • Pengiran Anak Puteri Fadzillah Lubabul Bolkiah,38

Adik-beradik Putera Mateen berlainan bonda yang mana merupakan hasil perkahwinan ayahanda tercinta bersama Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

  • Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, 54
  • Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, 52
  • Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, 49
  • Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, 47
  • Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, 43
  • Pengiran Muda Abdul Malik, 41

Adik-beradik Pangeran Muda Mateen melalui zuriat ayandanya bersama bekas isteri ketiga Azrinaz Mazhar

  • Pengiran Muda Abdul Wakeel,17
  • Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah,15

Pendidikan :

  • Sarjana Muda Sastera dalam Politik Antarabangsa dari King’s College London di Pusat Barbican, London
  • Sarjana Sastera dalam Pengajian Antarabangsa dan Diplomasi dari School of Oriental and African Studies, Universiti London.
  • Pegawai Kadet,Akademi Tentera Diraja Sandhurst

Ketenteraan

putera abdul mateen bolkiah
  • 9 Mei 2010, Putera Mateen memulakan Kursus Pentauliahan untuk Pegawai Tentera Tetap bersama 200 rekrut di Akademi Tentera Diraja Sandhurst.
  • 15 April 2011, Putera Mateen dinaikan pangkat ke Leftenan Dua, selepas lulus dari kursus pentauliahan sebagai pegawai kadet Akademi Tentera Diraja Sandhurst
  • 9 Julai 2012- Putera Mateen sekali lagi dinaikkan pangkat ke pangkat Leftenan Substantif
  • 31 Ogos 2016 Beliau kemudianya di lantik sebagai Pemangku Kapten berkuat kuasa pada 9 Mei tahun yang sama
  • 28 April 2017, Putera Mateen berjaya menamatkan Latihan Penerbangan Rendah selama tujuh bulan di RAF Cranwell
  • Mac 2018, Putera Mateen dianugerahkan brvet terbang (sayap), oleh ayahandanya selepas layak sebagai juruterbang helikopter di Sekolah Penerbangan Helikopter Pertahanan di RAF Shawbury
  • 30 Jun 2019, Putera Mateen menerima keahlian kehormat dalam Rejimen Pasukan Khas dalam sambutan ulang tahun ke-58 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB)
  • 20 Mei 2021, Putera Mateen telah dinaikkan pangkat ke pangkat Mejar.
  • Putera Mateen telah menjalani Kursus Komando Semua Senjata (AACC) di Pusat Latihan Komando Marin Diraja (CTCRM) di United Kingdom selama sebelas minggu dari 20 September hingga 2 Disember, di mana beliau menerima Anugerah Beret Hijau.
  • RAF melaporkan bahawa beliau telah menghabiskan dua minggu latihan sebelumnya bersama 64 penerjun payung baru yang lain. Sebaik sahaja beliau menamatkan Latihan Asas Payung Terjun pada 23 September 2022, majlis anugerah telah diadakan di RAF Brize Norton.

Baca juga : Fakta Menarik Dayang Anisha Rosnah, Bakal Isteri Putera Mateen

Pingat & Darjah Kebesaran

  • Darjah Mahkota Brunei (DKMB)
  •  Order of Paduka Keberanian Laila Terbilang First Class (DPKT) – Dato Paduka Seri
  •  Pingat Sultan Hassanal Bolkiah (PHBS)
  •  Pingat Jubli Emas – (5 Oktober 2017)
  •  Pingat Jubli Perak – (5 Oktober 1992)
  •  Pingat Jubli Perak Hari Kebangsaan – (23 Februari 2009)
  •  Pingat Perkhidmatan Am (Angkatan Tentera)
  •  Pingat Jubli Emas Angkatan Bersenjata Diraja Brunei – (31 Mei 2011)
  • Anggota Kehormat Rejimen Pasukan Khas – (30 Jun 2019)

Fakta Menarik Mengenai Putera Mateen

1. Beliau sangat menyukai sukan polo. Pada temasya Sukan SEA 2017, Putera Mateen telah mewakili negara Brunei dalam acara sukan polo, di mana pasukanya telah bertemu dengan pasukan Malaysia yang turut di sertai oleh Menteri Belia dan Sukan ketika itu Khairy Jamaluddin

2. Putera Mateen akan berkhawin dengan gadis pilihanya iaitu Anisha Rosnah binti Adam.

3.Bakal isteri Pangiran Muda Abdul Mateen merupakan cucu kepada Pehin Dato Haji Isa, seorang penasihat khas kepada Sultan Brunei

4. Perkhawinan beliau telah diumumkan dan akan diadakan pada Januari 2024

Begitulah sedikit sebanyak biodata mengenai pangeran muda Putera Abdul Mateen. Untuk mengikuti perkembangan pangeran muda di sosial media, anda juga boleh follow instagram beliau di @tmski

Pada Hari Hari Kemerdekaan Brunei yang ke-38 foto Putera Abdul Mateen yang lengkap berseragam sempena menyambut baru-baru ini menjadi perhatian ramai di media sosial.

Paling menarik adalah ramai yang terus melihat apakah jenama jam tangan yang di pakai anak Sultan Brunei tersebut

Sumber : Murai

Menerusi pencarian dan perkongsian oleh Murai, jam yang di pakai oleh Putera Mateen ini merupakan koleksi Reverso Tribute Monoface Small Seconds yang bernilai €8400 atau RM39K

Cuba tengok pula jam ini yang seakan sama dengan jam Reverso Tribute Monoface Small Seconds

Baca juga : Biodata Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah  Anak YDP Agong

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!