Biodata Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah  Anak YDP Agong

Biodata Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Tengku berumur 28 tahun (2023). Merupakan anakanda sulung YDP XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan ibundanya KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Tengku Hassanal telah diputerakan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Semenjak Sultan Abdullah dimahsyurkan sebagai Sultan Pahang keenam, kemudian sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, Tengku Hassanal mulai mencuri tumpuan masyarakat dan netizen.

Malah ramai yang berminat bertanyakan status siapakah buah “kekasih” atau isteri kepada Tengku Hassanal.

Disebabkan raut wajah yang kacak, tenang dan sentiasa tersenyum, ramailah gadis-gadis diluar sana yang bersenda gurau ingin menjadi kekasih kepada Tengku Hassanal.

Biodata Tengku Hassanal Anak YDP Agong

biodata tengku hassanal
  • Nama penuh  : Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
  • Umur : 28 tahun (2023)
  • Tarikh lahir : 17 September 1995
  • Agama : Islam
  • Tinggi : 184cm
  • Status perkhawinan : Bujang
  • Tempat lahir :  Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan
  • Ayanda : KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
  • Ibunda : KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj
  • Paduka Kekanda dan Adinda
    • YM Tengku Amir Nasser Ibni Sultan Abdullah
    • YM Tengku Puteri Iman Afzan binti Sultan Abdullah
    • YM Puteri Ilisha Ameera binti Sultan Abdullah
    • YM Tengku Puteri Ilyana binti Sultan Abdullah
    • YM Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Sultan Abdullah
    • YM Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah Ibni Sultan Abdullah
    • YM Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah binti Sultan Abdullah
    • YM Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah binti Sultan Abdullah
  • Intagram : @this.7

Pendidikan

  • 2002 – 2005 : Sekolah Kebangsaan Saint Thomas, Kuantan, Pahang
  • 2006 – 2009 : Caldiccott Preparatory School, London, United Kingdom
  • 2009 – 2014 : Sherbone School, London, United Kingdom
  • 2015 – 2018 : University Institute– Geneva School Of Diplomacy and International Relations Bachelor of Arts In International Relations
  • 27 Sept 2018 : Initial Cadet Familiarisation Training Programme, Kem Batu 10, Pekan
  • 1 Jan 2019 – 14 Dis 2019 : Commisioning Course, Royal Military Academy Sandhurst

Ketenteraan

tengku hassanal ibrahim alam shah
  • 31 Okt 2018 – Pegawai kadet Angkatan Tentera Malaysia

Sukan

Tengku Hassanal seorang yang meminati bidang sukan. Antara sukan kegemaraan beliau adalah berkuda polo. Selain itu juga, Tengku Hassanal meminati sukan lain seperti ragbi, bola sepak, golf, menembak, dan sukan rakyat

Pada 25 Jun 2016, Tengku Hassanal telah mengikuti acara perlawanan amal yang dinamakan The Jerudong Park Polo Trophy bersama HRH Prince William Duke of Cambridge dan HRH Prince Harry di Cirencester Park Polo, England.

    Pertabalan Sebagai Tengku Panglima Besar Pahang

    tengku hassanal

    Tengku Hassanal merupakan pewaris takhta kesultanan Pahang Darul Makmur. Pada 18 Jun 2018, Tengku telah dilantik menjadi Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang di Pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

    Berikutan ayahanda baginda menaiki takhta sebagai Sultan Pahang yang ke-6, Tengku Hassanal dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang yang dimasyhurkan pada 29 Januari 2019

    Pangkat & Gelaran Tengku Hassanal

    • 17 September 1995 – 18 Jun 2018: Yang Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj
    • 18 Jun 2018 – 15 Januari 2019: Yang Amat Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj, Tengku Panglima Besar Pahang
    • 15 Januari 2019 – 22 Januari 2019: Yang Amat Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Panglima Besar Pahang
    • 22 Januari 2019 – 31 Januari 2019: Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Mahkota Pahang
    • 31 Januari 2019 – kini: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Pemangku Raja Pahang

    Kurniaan Pahang

    • Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati – Kelas I (DKI, 29.1.2019)
    • Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang, membawa gelaran Dato’ Sri (SSAP, 24.10.2016)
    • Darjah Sri Indera Mahkota Pahang, membawa gelaran Dato’ Indera (SIMP)

    Gelagat Tengku Hassanal Cuit Rakyat Sarawak

    Kembara Kenali Borneo YDP Agong yang baru sahaja selesai pada 13 September 2023 di destinasi terakhir Telok Melano meningalkan banyak kisah dan kenangan yang mendalam bagi rakyat Borneo.

    Layanan YDP Agong terhadap rakyat jelatah secara bersahaja dan santai membuatkan rakyat begitu teruja untuk bertemu dan bergambar bersama kerabat diraja tersebut

    Sepangjang kembara Borneo di Sarawak juga, banyak momen-momen yang sempat dirakamkan dan dikongsikan oleh masyrakat setempat. Aksi spontan dan jenis sporting melayan karena masyarakat putera raja tersebut, pasti membuatkan sesiapa sahaja terhibur dengan gelagat dan aksi spontan daripada baginda

    Kisah Hand Haller Kecil Berwarna Merah

    Salah satu peristiwa yang menarik sepanjang kembara di Sarawak, baginda sentiasa memegang pembesar suara berwarna merah bersaiz kecil.

    Apa yang menarik ialah, pembesar suara berwarna merah tersebut merupakan pemberian daripada seorang kanak-kanak lelaki bernama Zaim.

    Zaim menggunakan pembesar suara tersebut ketika menanti ketibaan baginda di Miri, Sarawak. Setibanya konvoi baginda di laluan tersebut, baginda tertarik dengan panggilan Zaim ” daulat tuanku, daulat tuanku, daulat tuanku”…menggunakan pembesar tersebut yang mana Tengku Hassanal sempat menemuinya sewaktu menjelajah di sekitar Miri.

    Wah kenangan manis untuk adik zaim. Memang sangat membantu baginda Tengku masa kembara untuk berkomunikasi dengan rakyat dalam suasana yang ramai dan bising. Ha nak tahu, inilah dia Hand Hailer Kecil tu

    Begitulah sedikit sebanyak mengenai biodata tengku hassanal yang dapat kongsikan. Untuk mendapatkan update baginda, anda juga boleh ikuti istagram baginda di @this.7

    SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

    Sertai Komuniti Kami

    Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!