Fakta Menarik Dayang Anisha Rosnah, Bakal Isteri Putera Mateen

Kecoh di media sosial apabila berita mengenai pernikahan Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah diumumkan secara rasmi oleh kerabat diraja Brunei.

Dilaporkan bahawa Putera Mateen bakal bernikah bersama Dayang Anisha Rosnah dalam majlis perkahwinan diraja yang berlangsung selama 10 hari iaitu bermula 7 Januari sehingga 16 Januari 2024.

Tambahan pula, Putera Mateen merupakan seorang figura kerabat diraja yang sering mendapat perhatian warganet.

Sejak itu, ramai yang tertanya-tanya siapakah wanita yang menjadi pilihan hati anakanda Sultan Hassanal Bolkiah itu?

Oleh itu, ayuh kita semak beberapa fakta menarik mengenai Dayang Anisha Rosnah.

Dayang Anisha Rosnah

Fakta Menarik Dayang Anisha Rosnah, Bakal Isteri Putera Mateen  

1. Dayang Anisha turut dikenali secara umum sebagai Anisha Isa Kalebic.

2. Gadis yang berjaya menambat hati Putera Mateen ini adalah cucu kepada penasihat khas Sultan Brunei iaitu Pehin Datuk Isa.

3. Memegang gelaran ‘Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja’, datuk kepada gadis jelita ini juga merupakan seorang Manteri iaitu golongan pembesar diraja Brunei.

4. Anisha dan Putera Mateen dikatakan mula rapat pada tahun 2019 dan hubungan romantis mereka mula dikesan sejak tahun lalu apabila sering tampil bersama secara umum.

5. Anisha merupakan graduan salah satu universiti terkemuka di England.

6. Gadis yang berasal dari Brunei Darussalam ini mengusahakan bisnes fesyennya sendiri iaitu Silk Collective.

Dayang Anisha Rosnah

7. Selain bisnes fesyen, Anisha juga berkongsi satu lagi perniagaan bersama rakan baiknya dalam sektor pelancongan iaitu Authentirary.

8. Gemar memasak, Anisha juga rajin berkongsi hasil air tangannya di satu laman Instagram khas.

9. Bakal isteri Putera Mateen ini merupakan cucu kepada penasihat sultan yang berpengaruh di negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Dato Awang Isa Awang Ibrahim.

10. Selain merupakan orang penting dalam istana, datuk Dayang Anisha juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Pengasas Syarikat Penerbangan Royal Brunei yang diasaskannya.

11. Abang kandung Anisha iaitu Danial Deen Isa Kalebic juga merupakan sahabat rapat Putera Mateen.

Dayang Anisha Rosnah

Pasti ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan majlis perkahwinan diraja pasangan sama cantik dan sama padan ini.

Sudah tentu penyatuan merpati dua sejoli ini akan menjadi wedding of the year. Sama-sama kita doakan agar Putera Mateen dan Dayang Anisha Rosnah kekal bahagia hingga ke syurga.

Baca Juga : Biodata Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah  Anak YDP Agong

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!