Biodata Noh Salleh, Penyanyi & Vokalis Hujan
Pada 23 September 2023, penyanyi popular, Noh Salleh telah selamat dinikahkan dengan Fatin Athira binti Mustapa.
Ini sekaligus membuka lembar baharu buat Noh yang telah bercerai dengan Mizznina pada tahun lepas.
Ayuh sama-sama kita kenali Noh dengan lebih dekat dengan menyemak latar belakang dan biodatanya.
Biodata Noh Salleh
Nama Penuh : Mohammad Noh bin Salleh
Nama Komersial : Noh Salleh, Noh Hujan
Tarikh Lahir : 15 Mac 1985
Tempat Lahir : Sarawak
Asal : Miri, Sarawak
Umur : 38 tahun (2023)
Pekerjaan : Penyanyi, Komposer, Penulis Lagu, Usahawan
Instagram : @mohammadnohbinsalleh
Perjalanan Karier Noh Salleh
Noh Salleh sering dikenal sebagai penyanyi utama kumpulan punk rock tempatan, Hujan.
Sebelum terkenal sebagai penyanyi rock, Noh terlebih dahulu memulakan karier dalam genre muzik hip hop. Beliau menganggotai kumpulan MIX bersama tiga lagi rakannya iaitu Asyraf Hardy, MC Wayne dan Ogie. Mereka juga sempat merakamkan sebuah album di bawah syarikat rakaman milik Cat Farish dengan tajuk Mula Dari Dulu.
Video Noh Salleh menunjukkan bakatnya dalam nyanyian hip hop juga pernah tular di media sosial tak lama dahulu. Ketika itu, beliau lebih dikenali dengan nama pentas Noh Phrofile. Namun, kumpulan tersebut akhirnya berpecah.
Kumpulan Hujan terbentuk pada tahun 2005 apabila Noh memuatnaik beberapa demo di laman MySpace. Karya Noh akhirnya ditemui oleh produser lagu dan gitaris popular, AG Coco.
Sudah berada dalam industri selama 18 tahun, band tersebut telah sudah melahirkan 9 buah album dan terkenal dengan beberapa lagu yang masih segar hingga hari ini antaranya Bila Aku Sudah Tiada, Pagi Yang Gelap, Dugaannya dan banyak lagi.
Pada masa yang sama, Noh juga aktif bergerak secara solo dan sempat melancarkan sebuah album berjudul Angin Kencang dan Bisikan buat semua para peminatnya. satu lagi single bertajuk Debu Bercahaya.
Lagu Angin Kencang juga pernah dipertandingkan di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-30 pada tahun 2016.
Selain aktif dalam bidang hiburan, Noh Salleh juga merupakan usahawan bagi beberapa jenama antaranya Sanjuro Café, Laksa Sarawak Haji Noh dan Hikari Riders.
Perkahwinan Noh Salleh
Pada 23 September 2023, Noh Salleh selamat diijabkabulkan bersama gadis pilihannya iaitu Fatin Athira binti Mustapa, seorang peguam.
Terdahulu, mereka berdua telah pun bertunang pada Mei lalu. Majlis yang diadakan secara tertutup itu berlangsung di kediaman keluarga Athira di Putra Heights, Subang.
Sebelum ini, Noh pernah mendirikan rumah tangga bersama bekas rapper dan aktivis kemanusiaan iaitu Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman pada 1 Julai 2011.
Meskipun telah ikhtiar pelbagai cara, pasangan ini tidak memiliki zuriat sehinggalah pada Mac 2022, Noh dan Mizznina mengumumkan mereka mengambil seorang anak angkat yang dinamakan Musa.
Pada Ogos 2022, Mizz Nina telah mengumumkan perceraian dengan Noh melalui laman Instagram.
Sebelum Noh melepaskan status dudanya, Mizznina terlebih dahulu telah memulakan babak baru dalam hidupnya apabila mendirikan rumah tangga dengan seorang penyanyi rap dari Amerika Syarikat iaitu Essam Muhammad kira-kira suku kedua tahun ini.
Untuk ketahui perkembangan terkini Noh, jangan lupa untuk ikuti laman media sosialnya di :
Twitter : @MohdNohSalleh
Facebook : Noh Salleh
Instagram : @mohammadnohbinsalleh