Biodata Ebit Lew, Penceramah Bebas & Dermawan Terkenal

Nama Ustaz Ebit Lew pada akhir-akhir ini sering disebut warganet disebabkan beberapa kontroversi yang kurang enak. Meskipun begitu, beliau sebelum ini cukup terkenal sebagai seorang pendakwah yang dermawan dan rajin membantu golongan kurang bernasib baik.

Di samping berkongsi aktiviti kebajikan di media sosial, beliau juga sering memuatnaik gambar serta video ketika meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak. Dengan jumlah pengikut seramai 6.8 juta di TikTok dan 6.6 juta di Instagram, populariti pendakwah ini tidak perlu disangkal lagi.

Selain bergelar motivator, Ebit juga dikenali sebagai seorang usahawan yang berjaya. Bagi yang ingin mengenali Ustaz Ebit dengan lebih mendalam, jom kita semak biodata Ebit Lew dan serba sedikit latar belakangnya.

ebit lew
ebit lew

 Biodata Ebit Lew

Nama Penuh : Ebit Irawan bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau

Nama Komersial : Ustaz Ebit Lew, Ebit Lew

Tarikh Lahir : 21 Disember 1984

Umur : 39 tahun (2023)

Asal : Muadzam Shah, Pahang

Adik beradik : 12 orang (anak ketiga)

Anak : 4 orang

Bangsa : Cina

Agama : Islam

Pendidikan : SK Bukit Ridan (1991-1996), SMK Muadzam Shah (1997-1999), SM Teknik Johor Bahru (2000-2001), SMK Abdul Rahman Talib (2002-2003), Universiti Putra Malaysia (UPM)

Kerjaya : Penceramah Bebas, Usahawan, Perunding Latihan, Penceramah Motivasi, Penulis

Instagram : @ebitlew

TikTok : @ustazebitlew

ebit lew

Pencapaian

  • Penerima Anugerah Malidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M
  • Penerima Anugerah Khas Belia Negara 2020
  • Telah mengendalikan lebih 1,000 kursus di agensi kerajaan dan swasta.
  • Penceramah Motivasi / Perunding Latihan di Excel Training
  • Dijemput untuk memberi ceramah di serata Malaysia dan luar negara termasuk Singapura, Thailand, Indonesia, Pakistan dan India.

Perjalanan Karier Ebit Lew

Ustaz Ebit Lew adalah seorang pendakwah bebas yang tak perlu diperkenalkan lagi. Beliau mula mendapat perhatian warganet di atas keprihatinannya membantu golongan yang kurang berkemampuan ketika diduga dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebelum bergelar ustaz, beliau yang berbangsa Cina telah mula menganut agama Islam seawal usia 12 tahun dan rajin menimba ilmu. Beliau juga dikatakan telah menuntut ilmu di madrasah dan merantau ke Thailand dan Pakistan untuk mendalami agama Islam.

Atas minatnya dalam bidang dakwah dan motivasi, Ustaz Ebit telah mengikuti bimbingan di bawah Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Tahir selama 4 tahun.

Setelah melengkapkan diri dengan ilmu yang mantap, barulah Ustaz Ebit mengorak langkah dan membuka syarikat yang mengendalikan seminar motivasi sendiri iaitu Transform Education & Training Sdn Bhd.

Antara produk seminar terkenal yang ditawarkan oleh syarikat tersebut adalah ‘Keluarga Sunnah’ dan ’Prokids Tour’.

Beliau juga sering dijemput untuk mengisi slot kerohanian di radio antaranya slot radio Islam Agamaku, Islam Itu Indah dan Usrah Nurani.

Wajah Ebit Lew juga sering muncul di kaca TV menerusi program keagamaan popular antaranya Semanis Kurma (TV9) dan A Bit With Ebit (TV AlHijrah).

Ebit juga berkesempatan untuk menulis beberapa buah buku berunsur kerohanian yang bertajuk Isteriku Bidadariku, Tangisan Umat dan Perjalanan Hidayah Umat.

Di samping mengusahakan syarikat yang mengendalikan seminar, Ustaz Ebit turut mengendalikan beberapa bisnes lain. Antara perniagaan yang diusahakan oleh Ustaz Ebit adalah :

  • Kafe Paramount Coffee House
  • Butik Pakaian Muslim
  • Pasaraya ElewSmart

Bagi yang ingin ketahui perkembangan Ustaz Ebit, jangan lupa untuk ikuti laman media sosialnya di TikTok @ustazebitlew dan Instagram @ebitlew.

Baca Juga : Biodata Abang Tesla – Influencer TikTok,Instagram & Usahawan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!