Zarina Anjoulie – Biodata Pelakon & Influencer Penuh Kontroversi

Nama Zarina Anjoulie atau Anju sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi terutamanya berkaitan dengan kehidupan peribadinya.

Di sebalik gosip yang sering melanda pelakon cantik ini, pasti ramai yang belum mengenali siapa sebenarnya Anju.

Oleh itu, ayuh kita semak serba sedikit latar belakang dan biodata Zarina Anjoulie.

Zarina Anjoulie

Biodata Zarina Anjoulie

Nama Penuh : Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul

Nama Komersial : Zarina Anjoulie, Anju

Tarikh Lahir : 9 September 1987

Umur : 36 tahun (2023)

Asal : Kuala Lumpur  

Adik beradik : 8 orang (anak ke-5)

Anak : Martin Ezra Mikael (lahir 2016)

Pendidikan : Diploma Broadcasting & A Level Law and Business

Pekerjaan : Pelakon, model, usahawan, influencer

Zarina Anjoulie
Anak Zarina Anjoulie, Martin Ezra Mikael

Drama

  • Anak Pontianak
  • Gerak Khas Musim 11, Musim 12 (Episod : Kaki Buli, Orang Asing, Lina)

Filem

  • Ular (2013)
  • Amir dan Loqman Pergi ke Laut (2014)
Zarina Anjoulie

Perjalanan Karier

Anju aktif dalam dunia hiburan sekitar tahun 2000an dan banyak terlibat dalam bidang lakonan dan peragaan.

Selepas beberapa tahun muncul di dunia hiburan, Zarina Anjoulie sempat menghilangkan diri daripada media dan peminat dan memutuskan untuk pindah ke Brunei.

Kini, Anju dilihat lebih aktif di media sosial dan rajin berinteraksi dengan pengikutnya menerusi laman Instagram. Beliau juga memanfaatkan laman tersebut untuk mempromosikan beberapa produk.

Zarina pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka asal Brunei pada tahun 2015 dan bercerai pada Disember 2016.

Kemudian, beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Eilyas Azhar pada Julai 2020 namun telah bercerai sebanyak dua kali.

Pada Januari 2023, Anju mendedahkan sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan iaitu Datuk Khazrul Elzey.

Namun kurang daripada dua minggu kemudian, Khazrul mengesahkan ikatan pertunangan antara mereka terlerai dan Anju pula dilihat sudah memadam semua foto mereka berdua dalam laman Instagram.

Namun, Anju kembali mencuri perhatian warganet pada awal September ini apabila dilihat sudah kembali berbaik dengan bekas tunangnya.

Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon berdarah kacukan Melayu, Iran dan Scotland itu juga dilihat keluar makan bersama sambil ditemani anak lelakinya iaitu Martin Ezra Mikael.

Meskipun sering menerima pelbagai tohmahan daripada warganet, namun Anju tetap bersemangat untuk mengharungi setiap kontroversi yang menimpanya. Sesetengah warganet juga gemar dengan sikap Anju yang straight to the point walaupun ada kalanya komen wanita itu agak pedas.

Untuk ketahui perkembangan mengenai Anju, sila ikuti laman Instagramnya di @anjoulielavocah

Baca Juga : Biodata Dahlia Rizal – Influencer & Isteri Imran Aqil

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!