Biodata Perdana Menteri Malaysia Pertama Sehingga Kini

Biodata Perdana Menteri Malaysia

Malaysia telah menyaksikan pemerintahan daripada 10 Perdana Menteri sejak mencapai kemerdekaan.

Masih ingatkah anda tentang sumbangan dan gelaran terkenal ketika mereka menyandang jawatan tersebut?

Jom kita semak biodata Perdana Menteri Malaysia serta informasi ringkas bagi setiap tokoh.

Baca Juga : Biodata Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke-10

Biodata Perdana Menteri Malaysia

Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri Pertama)

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan orang yang bertanggungjawab untuk mengetuai rombongan ke London pada tahun 1956 bagi memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Rundingan tersebut membuahkan Perjanjian London dan sekaligus memerdekakan Tanah Melayu pada Ogos 1957.

Pada 31 Ogos 1957, bendera Union Jack diturunkan dan digantikan dengan bendera Jalur Gemilang.

Tunku Abdul Rahman kemudiannya melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak 7 kali dan disambut dengan penuh semangat oleh ribuan rakyat Malaysia di perkarangan Dataran Merdeka.

Digelar sebagai Bapa Kemerdekaan, beliau juga secara rasminya dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Biodata Perdana Menteri Malaysia

Biodata Tunku Abdul Rahman

Nama : Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah

Tarikh Lahir : 8 Februari 1903

Tempat Lahir : Alor Setar Kedah

Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Sejarah Universiti Cambridge

Tempoh Perkhidmatan : 31 Ogos 1957 hingga 22 September 1970

Tun Abdul Razak (Perdana Menteri ke-2)

Terkenal dengan gelaran Bapa Pembangunan Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein merupakan Perdana Menteri Kedua Malaysia. Gelaran tersebut diberikan kerana jasa dan sumbangannya yang mendorong kepada pembangunan dalam negara.

Beliau turut menyertai rombongan ke London bersama-sama Tunku Abdul Rahman.

Setelah negara mencapai kemerdekaan, beliau mula berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri selama lebih 13 tahun.

Beliau merupakan tokoh yang bertanggungjawab dalam menubuhkan Barisan Nasional, gabungan parti politik yang memegang pentadbiran negara selama berpuluh tahun sebelum tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada tahun 2018.

Biodata Tun Abdul Razak

Nama : Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein

Tarikh Lahir : 11 Mac 1922

Tempat Lahir : Pulau Keladi, Pekan, Pahang

Pendidikan : Pengajian Undang-Undang, Lincoln’s Inn of Court

Tempoh Perkhidmatan : September 1970 hingga Januari 1976 (meninggal dunia)

Tun Hussein Onn (Perdana Menteri Ke-3)

Beliau merupakan anak sulung Datuk Onn Ja’afar iaitu pengasas UMNO. Tun Hussein Onn terkenal sebagai Bapa Perpaduan kerana jasa beliau dalam memupuk semangat perpaduan kaum dan tegas dalam membanteras mana-mana pihak yang ingin membangkitkan isu krisis perkauman.

Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau berkhidmat sebagai Menteri Pendidikan dan Timbalan Perdana Menteri.

Beliau juga pernah menggalas jawatan penting dalam UMNO antaranya Setiausaha Agung, Timbalan Presiden dan Presiden.

Biodata Tun Hussein Onn

Nama : Tun Hussein bin Dato’ Onn

Tarikh Lahir : 12 Februari 1922

Tempat Lahir : Johor Bahru, Johor

Pendidikan : Ijazah Undang-Undang, Lincoln’s Inn, London

Tempoh Perkhidmatan : 15 Januari 1976 hingga 16 Julai 1981

Tun Mahathir Mohamad (Perdana Menteri ke-4& 7)

Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7.  Beliau juga merupakan seorang pengarang, doktor, negarawan dan ahli politik yang cukup berpengaruh dalam negara. 

Beliau telah digelar sebagai ‘Bapa Pemodenan Malaysia’ kerana telah membawa banyak perubahan kepada rakyat dan mengatur pelbagai perubahan demi kehidupan rakyat yang lebih baik pada masa hadapan.

Tun Dr Mahatir menggalas jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO sejak 1965 sehinggalah beliau disingkirkan dari parti pada 26 September 1965 kerana lantang mengkritik pucuk pimpinan UMNO dibawah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika itu.

Menyandang jawatan sebagai satu-satunya Perdana Menteri yang dilantik dua kali, beliau juga merupakan Perdana Menteri paling lama berkhidmat di negara ini.

Ketika waktu peletakan jawatannya pada 2020, beliau juga adalah pemimpin negara yang paling lama berkhidmat dalam dunia.

Biodata Tun Dr Mahathir Mohamad

Nama : Tun Dr Mahathir bin Haji Mohamad

Tarikh Lahir : 20 Disember 1925

Tempat Lahir : Alor Setar, Kedah

Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (Universiti Malaya, Singapura)

Tempoh Perkhidmatan : Julai 1981 hingga Oktober 2003, Mei 2018 hingga Mac 2020

Isteri : Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali

Anak : 7 orang (Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar)

Tun Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri ke-5)

Mesra dengan panggilan Pak Lah, Tun Abdullah Badawi mula menceburkan diri apabila berjaya memenangi pilihan raya bagi kawasan Parlimen Kepala Batas pada tahun 1978.

Pada tahun 1999, Tun Mahathir melantik beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO.

Perdana Menteri yang terkenal sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan ini juga turut melancarkan program Islam Hadhari iaitu pimpinan berasaskan Islam daripada Al-Quran.

Objektif Islam Hadhari adalah untuk melahirkan individu dan masyarkat yang mempunyai kekuatan rohani, akhlak, intelektual,inovatif dan berdaya saing.

Biodata Perdana Menteri Malaysia

Biodata Tun Abdullah Ahmad Badawi

Nama : Tun Abdullah Ahmad Badawi

Tarikh Lahir : 26 November 1938

Tempat Lahir : Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang

Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Universiti Malaya

Tempoh Perkhidmatan : 31 Oktober 2003 hingga Mac 2009

Dato’ Sri Najib Tun Razak (Perdana Menteri ke-6)

Penglibatan Perdana Menteri ke-6 ini dalam dunia politik bermula selepas ayahandanya meninggal dunia pada tahun 1976.

Selain menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan, beliau juga pernah memegang beberapa jawatan penting dalam kerajaan seperti Timbalan Menteri Kewangan, Kementerian Belia dan Sukan, Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan, Menteri Pertahanan dan Menteri Pendidikan.

Najib dilantik sebagai Perdana Menteri keenam pada 3 April 2009 sehinggalah tewas secara rasmi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018.

Dato’ Sri Najib digelar sebagai Bapa Transformasi kerana kepimpinan transformasi beliau kepada negara.  

Biodata Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak

Nama : Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak

Tarikh Lahir : 23 Julai 1953

Tempat Lahir : Kuala Lipis, Pahang

Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Industri, Universiti Nottingham, England

Tempoh Perkhidmatan : 3 April 2009 – 9 Mei 2018

Tan Sri Muhyiddin Yassin (Perdana Menteri ke-8)

Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri di tengah-tengah gemelut politik dan berkhidmat hanya selama 17 bulan bermula iaitu bermula pada 18 Mac 2020 sehingga Ogos 2021 apabila hilang sokongan di parlimen.

Semasa pemerintahan beliau, Tan Sri Muhyiddin memacu inisiatif daripada Kementerian Pertahan dan Kementerian Kesihatan sebagai usaha memerangi wabak Covid-19 yang sedang mengganas bermula Mac 2020.

Beliau juga turut memperkenalkan beberapa pakej rangsangan untuk memperkasakan rakyat, merangsang perniagaan serta merancakkan ekonomi yang terjejas akibat wabak tersebut.

Biodata Perdana Menteri Malaysia

Biodata Tan Sri Muhyiddin Yassin

Nama : Muhyiddin bin Mohd. Yassin

Tarikh Lahir : 15 Mei 1947

Tempat Lahir : Muar, Johor

Pendidikan : Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu Universiti Malaya

Tempoh Perkhidmatan :

Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob (Perdana Menteri ke-9)

Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik secara rasmi sebagai Perdana Menteri pada 21 Ogos 2021 selepas peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum bergelar Perdana Menteri, beliau turut memegang pelbagai jawatan penting dalam kerajaan seperti Menteri Belia dan Sukan, Menteri Pertanian, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Timbalan Perdana Menteri.

Beliau juga berjaya mempertahan kerusi Parlimen Bera sejak tahun 2004 sehingga kini.

Namun, tempoh perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri tidak lama apabila parti Barisan Nasional tidak memegang kerusi majoriti dalam parlimen di Pilihan Raya Umum ke-15.

Biodata Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob

Nama : Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob

Tarikh Lahir : 18 Januari 1960

Tempat Lahir : Temerloh, Pahang

Pendidikan : Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Malaya

Isteri : Datin Seri Muhaini Zainal Abidin

Anak : 4 orang (Nina Sabrina, Gadaffi, Nashriq, Iqbal)

Tempoh Perkhidmatan : 21 Ogos 2021- 24 November 2022

Datuk Seri Anwar Ibrahim (Perdana Menteri ke-10)

Selepas 24 tahun melibatkan diri dalam arena politik negara, Anwar Ibrahim akhirnya dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas gabungan pimpinannya berjaya mendapat undi dan kerusi Parlimen tertinggi dalam PRU 15.

Sebagai Perdana Menteri yang terbaharu, kini ramai yang menantikan pembaharuan yang bakal dibawa oleh Anwar.

Pada 19 Januari 2023, beliau telah mengumumkan Malaysia MADANI sebagai kerangka dasar dalam memartabatkan semula Malaysia sebagai negara makmur dan dihormati.

Biodata Datuk Seri Anwar Ibrahim

Nama : Datuk Seri Anwar Ibrahim

Tarikh Lahir : 10 Ogos 1947

Tempat Lahir : Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Pendidikan : Pengajian Melayu Sastera, Universiti Malaya

Isteri : Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail

Anak : 6 orang (Nurul Izzah, Nurul Nuha, Ehsan, Nurul Iman, Nurul Ilham, Nurul Hana)

Tempoh Perkhidmatan : 24 November 2022 – sekarang

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!