Daftar eLadang PEMULIH: Inisiatif Digitalisasi PKS Sektor Pertanian

Usahawan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam sektor pertanian yang ingin beralih ke platform teknologi digalakkan untuk mendaftar di program eLadang yang dibangunkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Program ini adalah sebahagian daripada insentif yang diumumkan di bawah pakej Perlindugan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 28 Jun 2021 yang lalu.

Menerusi pengumuman tersebut, kerajaan berhasrat untuk memperkasa usahawan tani khususnya di luar bandar untuk menggunakan teknologi terkini di bawah Program Digitalisasi dan Transformasi Sektor Pertanian.

Platform ini dibaungunkan melalui kerjasama MDEC dan Pertubuhan Peladang Kawasan akan mengenal pasti petani yang berpotensi untuk beralih ke platform eLadang ini.

Mengenai eLadang

eLadang adalah program untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan dan teknologi digital secara rintis yang boleh dimanfaatkan dalam pelbagai aktiviti pertanian.

Menerusi program ini, sebanyak 5 perkhidmatan ditawarkan kepada usahawan yang mendaftar iaitu:

  • Platform Pemasaran Dalam Talian: Usahawan boleh memilih untuk menjual hasil produk pertanian secara dalam talian menggunakan platform pemasaran yang sedia ada.
  • Penghantaran: Usahawan boleh memilih platform digital yang disediakan untuk menghantar hasil pertanian kepada pelanggan.
  • Pertanian Pintar: Usahawan boleh mendaftar untuk menyertai kursus Pertanian Pintar yang dianjurkan oleh rakan strategik kami.
  • Pengangkutan (Secara Pukal): Usahawan boleh memilih platform digital yang disediakan untuk mengangkut hasil pertanian kepada pemborong, restoran dan sebagainya.
  • Pusat Penyimpanan: Usahawan boleh memilih platform digital yang disediakan untuk servis penyimpanan hasil pertanian mereka.

Kebaikan eLadang

Terdapat beberapa kebaikan platform eLadang yang ditawarkan kepada PKS sektor pertanian iaitu:

  • Penjimatan kos
  • Penjanaan pendapatan yang lebih tinggi
  • Pengeluaran hasil & kualiti yang lebih baik
  • Pengurangan kesan dan pencemaran alam sekitar

Cara Mendaftar

Untuk mendaftar di dalam eLadang, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://eladang.com.my/ms/register/.
  2. Isi maklumat yang diperlukan.
  3. Masukkan no OTP yang diterima melalui telefon bimbit anda.
  4. Klik butang ‘Daftar.’
  5. Log masuk dengan memasukkan no telefon dan kata laluan yang didaftarkan.
  6. Isi maklumat lain yang diperlukan di dalam sistem terbabit.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai program eLadang, sila hubungi pihak MDEC di talian 1-800-88-8338 atau menghantar email ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!