Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Banjir (RM2500) | JPM

Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Banjir (RM2500) | JPM ~ Sukacita dimaklumkan, ini adalah merupakan berita baik khususnya kepada mangsa banjir

Bencana banjir yang berlaku pada akhir Disember 2021 telah menyebabkan kerugian besar kepada ramai pihak. Sehubungan dengan itu,Perdana Menteri telah mengumumkan pelbagai pakej Bantuan Banjir Keluarga Malaysia bagi membantu mangsa banjir yang terjejas teruk. 

Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Banjir (RM2500)

Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Banjir (RM2500) adalah merupakan salah satu daripada bantuan yang diperuntukkan kerajaan.

Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah badan pelaksana yang terlibat untuk menguruskan bantuan ini. Dan, diselaraskan oleh Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) daerah masing-masing.

Bantuan berjumlah RM10,000 tersebut merangkumi 6 bentuk bantuan iaitu:

  • BANTUAN WANG IHSAN (BWI) RM1000
  • BANTUAN PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN RM2500
  • BANTUAN BAIK PULIH RUMAH SEHINGGA RM5000
  • REBAT PEMBELIAN BARANGAN ELEKTRIK RM500⠀
  • REBAT BIL ELEKTRIK 100% BULAN DISEMBER
  • DISKAUN BAIK PULIH KENDERAAN / REBAT PENGGANTIAN KENDERAAN BAHARU RM1000
Bantuan Pembelian Barangan

Jumlah Sumbangan

Jumlah sumbangan bagi bantuan ini adalah RM2,500 bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR).

Kelayakan Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Banjir RM2500

Sila semak syarat kelayakan dibawah sebelum membuat permohonan bagi mengelakkan permohonan anda ditolak. 

Pemohon mestilah mempunyai:

  • Unit rumah yang ditenggelami air

Mereka yang tidak layak mendapatkan bantuan ini adalah:

  • Unit rumah berbilang tingkat (seperti flat dan pangsapuri) yang tidak terjejas
  • Premis perniagaan

Kaedah Sumbangan / Bayaran Bantuan Banjir RM2500

Bayaran akan diberikan dalam bentuk sumbangan tunai atau, pemindahan elektronik – EFT (Electronic Fund Transfer).

Cara Permohonan / Proses Penyaluran Bantuan 

Bantuan Pembelian Barangan

Untuk memohon, sila ikuti mekanisme penyaluran berikut:

  1. Sila hubungi dan berikan data KIR kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB). 
  2. Senarai penerima yang layak akan disahkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD). 
  3. Senarai akan dikemukakan kepada ICU JPM.
  4. Serahan wang tunai / EFT oleh ICU JPM / Pejabat Daerah akan dibuat kepada penerima.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut tentang Bantuan Banjir Keluarga Malaysia, sila rujuk :

  • Facebook : Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri
  • Senarai PKOB : https://portalbencana.nadma.gov.my/ms/pkob
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!