Rumah Prihatin@Grand Seasons: Inisiatif Rakyat Terkesan COVID-19

Kementerian Wilayah Persekutuan telah memperkenalkan inistiatif terbaharu kepada warga Wilayah Perkutuan Kuala Lumpur menerusi Program Rumah Prihatin@Grand Seasons di bawah inisiatif Wilayah Prihatin.

Program RumahPrihatin@Grand Seasons merupakan satu inisiatif yang berkonsepkan hotel kebajikan untuk rakyat terkesan akibat COVID-19 khususnya kepada warga Wilayah Persekutuan seperti golongan miskin bandar dan yang menghadapi tekanan kesihatan mental.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menghimpunkan, mengkoordinasi dan merawat para individu yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dilaksanakan secara bersama dengan sokongan para sukarelawan, persatuan atau korporat.​

Selain itu, rumah prihatin yang terletak di hadapan Hospital Besar Kuala Lumpur, Jalan Pahang ini juga adalah sebuah pusat bagi pihak yang berkepentingan khususnya dalam usaha untuk membantu membaik pulih kesihatan mental para individu yang tertekan. 

Fungsi Rumah Prihatin

Fungsi Rumah Prihatin seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan adalah seperti berikut: 

  • Pusat untuk menangani masalah / aduan yang disampaikan oleh rakyat melalui program “Jejak Prihatin”. 
  • One stop centre kepada sumber tenaga belia dan sukarelawan, menyelaras kegiatan kesukarelawanan;.
  • Pusat untuk menyelaras pengumpulan dan pengagihan bantuan (Food Bank).
  • Pusat untuk menyelaras tugas-tugas perubatan program suntikan vaksinasi COVID-19, dan program saringan COVID-19 RTK-Ag.
  • Pusat untuk menyelaras pengurusan sanitasi awam.
  • Pusat untuk menyelaras pengurusan gelandangan. 
  • Pusat untuk lain-lain program yang akan dilancarkan dari semasa ke semasa.

Perkhidmatan Rumah Prihatin

Terdapat 6 perkhidmatan Rumah Prihatin yang ditawarkan buat permulaan seperti:

  1. Dapur Prihatin (DP): Dapur berpusat ini menyediakan makanan percuma berjumlah 1,000 pek sehari kepada golongan gelandangan, fakir miskin, petugas barisan hadapan, musafir dan golongan yang tidak berkemampuan.
  2. Bilik Penginapan Prihatin (BPP): Sebanyak 300 bilik penginapan hotel untuk manfaat golongan musafir, pelajar, individu-individu yang memerlukan penginapan sementara dan hanya perlu membayar berdasarkan konsep BSM (Bayar Minimum Sekadar Mampu). 
  3. Klinik Kesihatan Mental Prihatin (KKMP): Khidmat klinik penjagaan kesihatan mental dan kaunseling yang dilaksanakan secara perseorangan dan kerahsiaan peribadi. Perkhidmatan kaunseling bagi menguruskan beban kewangan turut disediakan. 
  4. Khidmat Vaksinasi Prihatin (KVP): Perkhidmatan vaksinasi yang dijalankan untuk peniaga, penjaja, golongan yang kurang upaya, gelandangan dan mereka yang memerlukan bantuan khas.
  5. Pusat Gerakan Jejak Prihatin (PGJP) – Sukarelawan Wilayah Prihatin (PriVo), Majlis Perwakilan Penduduk, AJK Surau Masjid, Persatuan Penduduk dan NGO-NGO dikoordinasikan untuk turun padang, menjejak dan menyantuni rakyat di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dan mengumpul maklumat aduan atau bantuan yang diperlukan sama ada berbentuk fizikal, mental mahupun kerohanian.
  6. Foodbank Prihatin: Sumbangan makanan kering kepada golongan rentan bandar yang memerlukan melalui Majlis Perwakilan Penduduk dan sukarelawan.

Cara Mendapatkan Perkhidmatan

Untuk mendapatkan bantuan perkhidmatan-perkhimatan Rumah Prihatin@Grand Seasons tersebut, sila hubungi talian berikut:

  • Dapur Prihatin (DP): 011-7074 2927
  • Bilik Penginapan Prihatin (BPP): 011-7073 6458
  • Klinik Kesihatan Mental Prihatin (KKMP): 011-7073 8412
  • Khidmat Vaksinasi Prihatin (KVP): 011-7074 2318
  • Pusat Gerakan Jejak Prihatin (PGJP): 011-7073 8633
  • Foodbank Prihatin: 011-7110 7898

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Rumah Prihatin@Grand Seasons, sila layari laman web https://www.yayasanwp.org/rumahprihatin.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!