Kaedah Permohonan Stiker / Pelekat OKU di JPJ

Permohonan Stiker / Pelekat OKU

Bagi golongan kurang upaya atau individu yang mempunyai ahli keluarga berstatus OKU, mereka sering berhadapan dengan kesukaran untuk mendapatkan tempat letak kenderaan apabila ke tempat awam.

Bagi memudahkan urusan seharian bagi golongan ini, JPJ telah menawarkan stiker atau pelekat kenderaan khas buat individu OKU.

Cara untuk memohon juga sangat ringkas dan boleh dilakukan oleh individu OKU, waris atau wakil persatuan OKU.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Permohonan Stiker / Pelekat OKU

Syarat-Syarat Permohonan

Berikut dikongsikan syarat-syarat bagi permohonan stiker OKU :

  • Permohonan boleh dikemukakan oleh pemilik berdaftar, waris atau wakil pertubuhan/persatuan.
  • Permohonan pelekat kenderaan kepada OKU fizikal yang berkerusi roda, memandu dan memiliki kenderaan yang dimodifikasi sahaja.
  • Kenderaan didaftarkan atas nama OKU berkenaan yang memiliki Kad OKU dengan nombor rujukan bermula dengan ‘PH’ (OKU dengan kurang upaya fizikal) atau ‘CA’ (Nombor rujukan Kad OKU lama yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak) atau;
  • Kenderaan telah didaftarkan di bawah kod kegunaan IA (Kenderaan Orang Cacat) atau;
  • Kenderaan milikan persatuan/pertubuhan OKU yang telah berdaftar/mendapat pengesahan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

Kaedah Permohonan Stiker / Pelekat OKU

  1. Hadir ke mana-mana cawangan JPJ berdekatan.
  2. Bawa bersama dokumen-dokumen yang diperlukan seperti yang disenaraikan berikut.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang perlu dikemukakan adalah bergantung kepada individu yang memohon.

i) Pemohonan Oleh Pemilik Kenderaan

Sekiranya permohonan dilakukan oleh pemilik berdaftar kenderaan, maka dokumen berikut perlu disertakan :

  • 1 Borang JPJK17
  • Identiti Pengenalan Diri asal
  • Kad Pendaftaran OKU asal, atau salinan jika permohonan dibuat oleh  waris / wakil.

ii) Permohonan Oleh Waris

Sekiranya permohonan dilakukan oleh waris, mereka perlu sertakan dokumen :

  • 1 Borang JPJK17
  • Identiti Pengenalan diri asal waris
  • Salinan Kad Pendaftaran OKU
  • Surat pengesahan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

iii) Permohonan Oleh Wakil Pertubuhan/Persatuan OKU

Bagi permohonan oleh wakil pertubuhan/persatuan OKU, berikut merupakan dokumen-dokumen yang perlu disertakan :

  • 1 Borang JPJK17
  • Identiti Pengenalan Diri asal wakil
  • Surat pengesahan bagi persatuan/pertubuhan OKU yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

Borang Permohonan

Borang Permohonan Pelekat Kenderaan OKU (JPJ K17) boleh dimuat turun di lampiran berikut.

Panduan Pameran Stiker OKU

Ikuti infografik di bawah untuk ketahui cara pameran stiker OKU yang betul.

Permohonan Stiker / Pelekat OKU

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut sila rujuk ke cawangan JPJ berdekatan atau layari pautan berikut https://www.jpj.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!