Bantuan Insentif Pelancongan Johor 2022 | Syarat-Syarat Kelayakan
Bantuan Insentif Pelancongan Johor 2022 | Syarat-Syarat Kelayakan ~ Sukacita dimaklumkan, permohonan bantuan insentif pelancongan johor 2022, kini telah dibuka.
Bantuan Insentif Pelancongan Johor 2022 (“One-Off” )
Bantuan Insentif Pelancongan Johor 2022 ini dibuka kepada beberapa kategori. Sila semak syarat kelayakan mengikut kategori seperti di bawah.
- Pemandu pelancong yang berdaftar dengan Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Johor.
Syarat-syarat permohonan:
- Pemohon mestilah berdaftar dengan MOTAC Johor dan ahli persatuan yang berdaftar.
- Permohonan mestilah lengkap dengan dokumen yang ditetapkan dan dihantar kepada persatuan yang berdaftar.
- Warganegara Malaysia yang menetap di Johor.
- Pemohon mestilah pemandu pelancong yang mempromosi dan membawa pelancong ke negeri Johor sahaja.
- Pemohon mestilah mengemukakan senarai tugas berserta tarikh, lokasi, bilangan pelancong dan syarikat / agensi yang terlibat sepanjang tahun 2021.
- WAJIB menghadiri Latihan Pemerkasaan yang dianjurkan oleh Tourism Johor dan mengemukakan salinan sijil penyertaan.
- Pemohon telah lengkap 2 dos vaksinasi di aplikasi MySejahtera.
- Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan melalui persatuan yang berkenaan sebelum 8 Mac 2022.
- Pengusaha Hotel Bajet yang telah berdaftar sebagai Ahli Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBha) Negeri Johor.
Syarat-syarat Permohonan:
- Pengusaha hotel mestilah berdaftar sebagai Ahli Persatuan Hotel Bajet Malaysia Negeri Johor dan dilesenkan oleh PBT.
- Pemohon mestilah hotel bajet yang beroperasi di negeri Johor.
- Permohonan mestilah lengkap dengan dokumen.
- Pemohon mesti mengemukakan laporan jumlah penginap di hotel sepanjang 2021.
- Pemohon mestilah mengemukakakn 5 pakej pelancongan Johor 2022 di Aplikasi Johor Tourism Interchange (JTI).
- WAJIB menghadiri Latihan Pemerkasaan anjuran Tourism Johor dan mengemukakan sijil penyertaan.
- Pemohon telah lengkap 2 dos vaksinasi di aplikasi MySejahtera.
- Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan melalui persatuan yang berkenaan sebelum 8 Mac 2022.
- Syarikat agensi pelancongan yang beroperasi di Negeri Johor dan berdaftar dengan Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Johor.
Syarat-Syarat Permohonan:
- Syarikat Agensi Pelancongan mestilah berdaftar dengan Pejabat Motac Johor dan dilesenkan oleh PBT.
- Pemohon mestilah agensi yang beroperasi di negeri Johor
- Permohonan mestilah lengkap sebagaimana ditetapkan dan dihantar kepada persatuan berdaftar.
- Pemohon perlu mengemukakan laporan jumlah jualan sepanjang tahun 2021
- Pemohon mestilah mengemukakn 5 pakej pelancongan Johor di Aplikasi Johor Tourism Interchange (JTI).
- WAJIB menghadiri Latihan Pemerkasaan anjuran Tourism Johor dan mengemukakn sijil penyertaan.
- Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan melalui persatuan yang berkenaan sebelum 8 Mac 2022.
- Pengusaha Homestay yang berdaftar dengan Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Johor dan Persatuan Homestay Negeri Johor.
Syarat-Syarat Kelayakan:
- Pengusaha mestilah berdaftar dengan Persatuan Homestay negeri Johor.
- Pemohon mestilah berdaftar dengan Ahli Persatuan yang diiktiraf di negeri Johor.
- Pemohon mestilah pengusaha yang beroperasi di negeri Johor.
- Permohonan mestilah lengkap dengan dokumen sebagaimana ditetapkan dan dihantar kepada persatuan yang berdaftar.
- Pemohon mestilah mengemukakn laporan jumlah penginapan di homestay sepanjang tahun 2021.
- Pemohon mestilah mengemukakn 5 pakej pelancongan Johor di Aplikasi Johor Tourism Interchange (JTI).
- WAJIB menghadiri Latihan Pemerkasaan yang telah dianjurkan oleh Tourism Johor dan mengemukakan salinan sijil penyertaan.
- Pemohon telah lengkap 2 dos vaksinasi di aplikasi MySejahtera.
- Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan melalui persatuan yang berkenaan sebelum 8 Mac 2022.
Cara Permohonan
Semua permohonan hendaklah mengisi borang permohonan dengan lengkap dan memenuhi semua syarat-syarat permohonan. Borang permohonan yang telah lengkap dengan syarat-syarat sebagaimana di tetapkan, hendaklah di hantar kepada Pengerusi Persatuan bagi setiap kategori.
Borang permohonan boleh di muat turun menerusi pautan sebagaimana berikut :
Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup bagi setiap kategori permohonan adalah pada hari Selasa, 8 Mac 2022 dan sebarang permohonan selepas tarikh tutup tidak akan di layan.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi Tourism Johor pada waktu pejabat sahaja di talian: 07-2249960.