Program Tunas Usahawan (TUZPP) | Zakat Pulau Pinang 2022

TUZPP | Program Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang 2022 ~ Berita baik kepada Usahawan-Usahawan di negeri Pulau Pinang!

Untuk makluman, tujuan program ini diwujudkan adalah untuk membantu mengubah paradigma usahawan dan menambah baik taraf hidup golongan asnaf.

Permohonan ini TERBUKA kepada sesiapa yang berkelayakan serta mengikut syarat-syarat yang ditetapkan bermula 28 Januari sehingga 4 Februari 2022.

Program Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP)

Program Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP) adalah sebuah program kerjasama oleh SME Corp dengan Zakat Pulau Pinang.

Program ini akan dibangunkan melalui perkongsian maklumat, latihan pembangunan modal insan, pengurusan kewangan, pembiayaan khidmat nasihat dan bimbingan perniagaan melalui TUZPP bagi membolehkan mereka menjana pendapatan jangka panjang.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat-syarat penuh:

  • Warganegara Malaysia dan beragama Islam.
  • Berumur 18 hingga 46 tahun (pada tarikh tutup permohonan)
  • Mempunyai lesen perniagaan SSM (Sekurang-kurangnya telah berdaftar 6 bulan).
  • Tidak hamil / dalam tempoh berpantang.
  • Sihat tubuh badan serta bebas alahan serius.
  • Tidak pernah menjalani pembedahan / mengalami patah tulang.
  • Tiada rekod jenayah / bankrap / dalam tindakan mahkamah.
  • Hanya salah seorang sahaja daripada pertalian satu keluarga layak memohon.
  • Pemohon tidak bekerja sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta
  • Tidak pernah menyertai program ini sebelumnya.

Cara Membuat Permohonan

Program Tunas Usahawan (TUZPP)

Untuk memohon, anda boleh membuat permohonan melalui pautan Google Form berikut: https://bit.ly/3hqcmQU

 Atau, imbas QR Code dalam poster di atas.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila klik pautan berikut: https://wa.me/601128724558

Atau, sila rujuk Bahagian Keusahawanan Asnaf, Zakat Pulau Pinang di mana-mana cawangan berdekatan anda. 

Anda juga boleh melayari facebook rasmi Zakat Pulau Pinang, atai laman web rasmi: www.zakatpenang.com

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!