Strok Haba : Gejala, Golongan Berisiko dan Kaedah Rawatan

Susulan cuaca yang panas sejak akhir-akhir ini, orang ramai diingatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak berlakunya Strok Haba.

Tambahan pula, terdapat beberapa kes strok haba yang turut dilaporkan melibatkan kanak-kanak sehingga meragut nyawa.

Oleh itu, anda dinasihatkan supaya tidak mengambil mudah gejalan yang mungkin dialami dan dapatkan rawatan segera untuk pencegahan awal.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai strok haba secara lebih lanjut.

Apa Itu Strok Haba?

Apabila seseorang terdedah kepada cuaca panas yang melampau, mereka terdedah kepada keseluan haba (heat exhaustion) dan boleh melarat kepada strok haba atau heat stroke.

Menjadi perbualan hangat di kalangan warganet pada waktu ini, strok haba merupakan masalah kesihatan yang berlaku apabila seseorang didedahkan kepada keadaan sekeliling yang panas melampau sehingga badan tidak mampu lagi menstabilkan suhu badan.

Kondisi yang boleh berlaku secara tiba-tiba berperingkat ini mempunyai risiko yang lebih tinggi apabila keadaan suhu mencapai lebih 39.2 °C.

Namun risikonya juga bergantung kepada faktor geografi, cuaca dan aktiviti penduduk setempat.

Baca Juga : mySalam : Skim Takaful Perlindungan Kesihatan Percuma B40

Tanda-Tanda & Gejala Strok Haba

Sebagai langkah berjaga-jaga, orang ramai dinasihati supaya dapat mengenalpasti tanda-tanda serta gejala strok haba. Lebih teruk lagi, strok haba yang tidak dikawal boleh menyebabkan kematian atau hilang keupayaan kekal.

Antara tanda-tanda yang boleh dikenalpasti apabila seseorang itu mengalami strok haba adalah :

  • denyutan jantung menjadi cepat. Pesakit juga akan merasa berdebar-debar
  • Pernafasan menjadi laju dan pendek,
  • badan terasa panas dan kering, namun tidak berpeluh
  • kerap sakit kepala atau pening.
  • peningkatan suhu badan secara mendadak sehingga 40°C atau lebih dalam masa 10 hingga 15 minit.(suhu badan normal: 36.5°C hingga 37.5°C)
  • tekanan darah menurun
  • mudah hilang fokus
  • badan lesu dan kerap pengsan
  • lidah menjadi bengkak
strok haba

Orang ramai dinasihati supaya tidak berlengah untuk mendapatkan rawatan di hospital atau klinik berhampiran sekiranya mengalami tanda-tanda awal penyakit ini.

Golongan Berisiko Tinggi Apabila Cuaca Panas

  • Individu berusia 40 tahun ke atas
  • Kanak-kanak berusia 5 tahun ke baawh
  • Individu yang menjalankan kerja-kerja berat (buruh, peladang, ahli sukan, tentera dan lain-lain)
  • Penghidap darah tinggi, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
  • Pesakit dengan masalah pernafasan serta jantung.
strok haba

Cara Mencegah

Bagi mengelak berlakunya strok haba, berikut merupakan beberapa kaedah pencegahan yang anda boleh amalkan :

  • Elakkan aktiviti di bawah sinaran matahari terik atau dalam keadaan panas untuk tempoh yang panjang,
  • Hindari aktiviti fizikal dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan,
  • Pastikan badan kekal terhidrat dengan minum air kosong tiga (3) hingga empat (4) liter sehari,
  • Amalkan pemakanan sihat dan seimbang
  • Pilih pakaian yang longgar dan ringan serta aksesori pelindung haba seperti topi atau payung,
  • Jangan tinggalkan sesiapa di dalam kenderaan yang parkir di bawah matahari terik
  • Pastikan pengudaraan yang cukup atau pendingin hawa jika berada dalam rumah atau premis

Rawatan Strok Haba

Rawatan di tempat kejadian :

  1. Alihkan mangsa dari sinaran matahari yang melampau ke tempat berbumbung atau mempunyai hawa dingin.
  2. Sejukkan mangsa dengan kain yang lembap atau siram dengan air sejuk.
  3. Berikan udara segar, halakan  kipas secara terus atau kipas mangsa menggunakan kertas surat khabar.
  4. Sekiranya mangsa sedar, berikan minuman sejuk dan segar.
  5. Dapatkan bantuan perubatan melalui talian 999.
tanda strok haba
strok haba

Rawatan di Hospital :

  1. Mangsa akan diperiksa kadar denyutan nadi, tekanan darah, kadar pernafasan dan tahap kesedaran.
  2. Sekiranya mangsa mengalami renjatan, rawatan khusus akan diberikan.
  3. Penyiasatan darah dan lain-lain penyiasatan berkaitan akan dilakukan jika ada keperluan.

Maklumat Lanjut

Jangan lupa untuk dapatkan maklumat cuaca semasa menerusi METMalaysia dan informasi kesihatan terkini daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk mencegah penyakit strok haba dengan lebih baik.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!