Bantuan Zakat UNITEN 2022 Untuk Pelajar Sepenuh Masa
Bantuan Zakat UNITEN 2022 Untuk Pelajar Sepenuh Masa Semester 2 Sesi 2021/2022 ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bantuan zakat secara atas talian bagi pelajar sepenuh masa (Universiti Tenaga Nasional ) UNITEN kini dibuka.
Selain Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM), UNITEN turut menyantuni para pelajar yang memerlukan bantuan kewangan demi meneruskan pengajian di kampus secara sepenuh masa.
Bantuan zakat yang ditawarkan ini bertujuan untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pelajar pada waktu pandemik serta dugaan banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini.
Permohonan bantuan zakat ini terbuka kepada pelajar-pelajar UNITEN yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat seperti berikut :
- Asasi
- Diploma
- Sarjana Muda (Degree)
- Sarjana (Master)
Syarat-Syarat Permohonan Bantuan Zakat Pelajar UNITEN 2022
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Pelajar UNITEN sepenuh masa dan berdaftar (BERSTATUS AKTIF) pada semester semasa
- Bersih daripada rekod masalah disiplin atau rekod jenayah
- Mendapat bantuan pendidikan atau pinjaman pendidikan
- Melengkapkan proses permohonan dan kemukakan dokumen yang diperlukan
- Hadir ke sesi temuduga apabila diumumkan
Tarikh Permohonan Bantuan Zakat Pelajar UNITEN 2022 Sepenuh Masa
Para pelajar perlulah lengkapkan permohonan bantuan zakat secara atas talian bermula 4 Januari 2022 sehingga 11 Februari 2022.
Cara Memohon Bantuan Zakat
Pelajar boleh memohon menerusi laman sesawang di bawah :
(Sila gunakan browser Google Chrome atau Firefox)
Pelajar yang kemukakan permohonan dan dokumen selengkapnya akan dipanggil untuk sesi temuduga.
Nota : Sila muatnaik dokumen berkaitan di laman sesawang tersebut untuk rujukan pentadbir.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Zakat Pelajar Sepenuh Masa UNITEN, para pelajar boleh hubungi nombor pihak UNITEN seperti di bawah :
Hotline (Whatsapp): 017-347 1917
Tel (Kaunter): 03-8921 2030 / (D/L) : 03-8921 2033 – Pn. Majdah
ATAU
Para pelajar juga boleh ajukan soalan menerusi emel ke alamat di bawah :
[email protected] (Tabung Amanah Zakat UNITEN)
[email protected] (Pn Majdah Sulaiman)
[email protected] (Cik Mawahidah)
Semoga bantuan ini dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang dihadapi pelajar Universiti Tenaga Nasional pada waktu mencabar ini.