Tawaran Rumah IKRAM Untuk Golongan B40 (Rumah Sewa PPR Serendah RM 124)

Tawaran Rumah IKRAM Untuk Golongan B40 (Rumah Sewa PPR Serendah RM 124) ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Rumah IKRAM KPKT (Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia) kini dibuka.

Rumah IKRAM KPKT merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam penyediaan kediaman yang berdaya huni dan selamat khusus kepada Keluarga Malaysia yang terkesan dan kehilangan tempat tinggal ekoran wabak Covid-19.

Baca Juga : Skim Inapan Kasih ZPP Bantuan Binaan Rumah Asnaf Fakir Miskin

Objektif Rumah Ikram KPKT

Objektif Rumah IKRAM KPKT adalah bagi :

  • Memberikan perlindungan melalui penyediaan kediaman yang berdaya huni, selesa dan selamat kepada rakyat yang telah kehilangan tempat tinggal akibat Covid-19.
  • Menyediakan kemudahan insentif melalui sewaan yang percuma selama enam bulan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh rakyat.

Senarai Projek

Projek yang terlibat dalam program Rumah IKRAM KPKT ini adalah :

  1. PPR Sentul Murni, Kuala Lumpur
  2. PPR Lembah Subang 2, Selangor
  3. PPR Amanjaya, Kedah
  4. PPR Kota Setar, Kedah
  5. PPR Sinar Intan 3, Kedah
  6. PPR Kota Bharu, Kelantan
  7. PPR Gua Musang, Kelantan
  8. PPR Sg. Melana 2, Johor
rumah ikram

Kadar Sewa Bulanan

Kadar sewa bulanan Rumah IKRAM KPKT adalah serendah RM124 Sebulan dengan tempoh sewaan sehingga 2 tahun.

Ciri-Ciri Rumah IKRAM KPKT (PPR)

Berikut adalah ciri-ciri Rumah IKRAM KPKT (PPR):

  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  • Kemudahan Asas:

-Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai

-Surau/Ruang Solat

-Gerai Makan/Ruang Niaga

-Tadika

-Kemudahan OKU

-Taman Permainan/Kawasan Lapang

-Rumah Sampah

Dokumen yang Diperlukan

Pemohon juga perlu sertakan senarai dokumen seperti lampiran berikut :

rumah ikram

Syarat-Syarat Permohonan

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan dalam setiap permohonan :

  • Golongan B40 yang terkesan akibat Covid-19
  • Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia
  • Pemohon berumur 18 tahun keatas
  • Tidak memiliki rumah, rumah sedia ada telah dilelong, tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah atau seumpamanya
  • Pendapat isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan

Cara Memohon

Sekiranya anda memenuhi kriteria kelayakan seperti di atas, bolehlah membuat permohonan secara atas talian melalui web rasmi KPKT iaitu :

https://teduh.kpkt.gov.my/

Soalan Lazim

Sila semak Soalan Lazim di pautan di bawah :

Soalan Lazim

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, anda sila hubungi Jabatan Perumahan Negara atau Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta melalui butiran berikut :

Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Presint 4, 62100 Putrajaya

Tel: 03-8891 4475
Email: [email protected]
Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta
Tel: 03-8891 4200

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!