MyNEPT | Ujian Psikometrik Usahawan Nasional Secara Percuma

MyNEPT | Ujian Psikometrik Usahawan Nasional Secara Percuma ~ Tahukah anda, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) memperkenalkan Ujian Psikometrik Usahawan Nasional (MyNEPT) bagi membantu usahawan mencari penyelesaian kepada kelemahan yang dihadapi oleh perniagaan masing-masing.

Ujian Psikometrik Usahawan Nasional Secara Percuma (MyNEPT)

Ujian Psikometrik Usahawan Nasional Secara Percuma (MyNEPT) adalah merupakan inisiatif pihak Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) bagi membantu usahawan mengenal pasti kelemahan dan menari solusi bagi memajukan perniagaan mereka.

Beliau berkata, semasa krisis, ramai usahawan yang berjaya membuat keuntungan dan situasi itu membuktikan bahawa semua perniagaan mampu bangkit jika mempunyai perancangan rapi.

Untuk makluman, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) merupakan sebuah agensi di bawah naungan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang menawarkan inisiatif pembangunan kapasiti usahawan melalui program-program latihan dan bimbingan.

Selaras dengan tagline “Memperkasa Usahawan Hari Esok”, INSKEN memastikan program-program yang dianjurkan adalah berdasarkan keperluan dan permintaan industri dengan kerjasama pengamal industri, profesional dan agensi-agensi kerajaan bagi memantapkan ekosistem keusahawanan negara.

Ujian Psikometrik Usahawan Nasional

Kebaikan/Kelebihan MyNEPT

  • Membantu usahawan serta bakal usahawan mengenali kecenderungan diri, malah membantu mempersiapkan mereka mendepani cabaran Revolusi Industri Keempat (IR4.0).
  • Menjadi rujukan bersepadu untuk usahawan mendapatkan bantuan kewangan daripada pelbagai agensi. Ia adalah ujian sehenti dan memudahkan urusan semua pihak berkepentingan.
  • Menjadi usahawan mempunyai cabaran tersendiri termasuk emosi, pendirian dan kedudukan, justeru ujian ini adalah untuk mengenal pasti di mana letaknya kelemahan.
  • Menerusi keputusan yang diterima, mereka boleh mendapatkan bantuan dari segi latihan tambahan daripada pihak berkaitan termasuk agensi kerajaan seperti INSKEN, SME Corp dan lain-lain

Cara Buat Ujian Psikometrik MyNEPT

Untuk melakukan ujian psikometrik ini, sila layari pautan berikut: https://www.mynept.com/ 

Kemudian, klik “Take the personality test”. Sekiranya anda belum pernah mendaftar, klik “Sign up for an account”. Atau, “Sign In” dengan memasukkan email dan password yang telah didaftarkan. 

Anda boleh mendapatkan keputusan ujian psikometrik ini secara percuma. Terdapat 50 soalan yang wajib dijawab oleh usahawan yang mengambil masa dalam tempoh 15 minit. 

Sistem ujian ini terbuka untuk semua pihak dan usahawan agar anda boleh membuat perbandingan skor bagi membantu mereka menambah baik kemahiran perniagaan sedua ada berdasarkan kedudukan mereka dalam graf dan skor diperoleh.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari : https://www.mynept.com/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!