Permohonan Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM) Secara Atas Talian

Terkini permohonan Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM) secara atas talian telah dibuka.

Ianya juga penambahbaikan permohonan bantuan perumahan sebelum ini yang di kenali sebagai Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Selain itu juga, kabinet telah meluluskan cadangan Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KPLB) untuk menaikkan kadar bantuan seunit bagi pembinaan Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM).

Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kenaikan itu akan membantu kontraktor PRKM bagi menangani isu kenaikan kos bahan binaan, yang sebelum ini menyebabkan kegagalan pelaksanaan projek atas faktor tiada margin keuntungan

Kumpulan Sasar Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM)

Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia 2022

Kumpulan sasar PRKM adalah ketua isi rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan pendapatan garis kemiskinan berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK) semasa yang berkuatkuasa

Program ini dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.

Baca juga : Rumah Ikram Keluarga Malaysia

Kadar Bantuan PRKM

Kadar bantuan Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia terbahagi kepada dua iaitu ;

  1. BINA BAHARU
    • Bantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.
    • Semenanjung : RM66,000 seunit
    • Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan : RM79,000 seunit
  2. BAIK PULIH
  • Baik pulih melibatkan 3 elemen berikut, iaitu:
    • Penyelenggaraan;
    • Penambahbaikan; dan
    • Requisition;
  • Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sesebuah rumah.
  • Bahan binaan yang digunakan hendaklah sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan Bina Baharu.
  • Semenanjung : RM15,000 seunit
  • Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan : RM17,000 seunit

Baca juga : Bantuan Pembaikan Rumah Banjir RM5000

Syarat Kelayakan / Kritetria Kumpulan Sasar

Antara syarat dan kriteria kumpulan sasar yang layak untuk memohon ialah seperti berikut;

  1. Disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional
  2. Diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FCD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
  3. Diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
  4. Diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian

Cara Permohonan Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM)

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan online melalui pautan https://e-spkr.rurallink.gov.my/v1/online

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM), anda boleh layari website https://www.rurallink.gov.my/ atau anda juga boleh hubungi nombor 03 8000 8000 atau emailkan ke [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!