Permohonan Bantuan Perniagaan & Bimbingan Keusahawanan MAIWP

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menawarkan bantuan perniagaan kepada para asnaf yang menjalankan perniagaan dan keusahawanan melalui Bantuan Perniagaan dan Bimbingan Keusahawanan.

Untuk makluman, tujuan bantuan ini diwujudkan adalah untuk membantu peniaga-peniaga yang telah memulakan perniagaan atau modal tambahan bagi menjana pendapatan golongan asnaf tersebut.

Bagi memastikan para asnaf layak menerima bantuan ini, mereka mestilah telah menjalankan perniagaan sekurang-kurang 6 bulan sebelum permohonan dilakukan.

Oleh itu, permohonan Bantuan Perniagaan dan Bimbingan Keusahawanan ini mestilah melalaui borang permohonan yang dihantar ke Pusat Agihan Zakat yang berhampiran.

Asnaf Yang Terlibat

Untuk Bantuan Perniagaan dan Bimbingan Keusahawanan ini, sebanyak 4 kategori asnaf yang layak memohon iaitu:

  • Fakir
  • Miskin
  • Mualaf
  • Al-Gharimin

Syarat Umum

Bagi pemohon yang ingin memohon bantuan ini perlu memenuhi beberapa syarat umum seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah beragama Islam
  2. Pemohon ialah warganegara Malaysia
  3. Pemohon bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari 1 tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  4. Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah.

Cara Memohon

Pemohon yang berminat untuk memohon bantuan ini boleh mengikuti langkah-langkah mudah berikut:

  1. Muat turun atau download borang permohonan dengan klik pautan file:///C:/Users/mohdi/Downloads/Lampiran%20B%20BORANG%20BANTUAN%20BAITULMAL.pdf.
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  3. Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
  4. Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan ke kaunter-kaunter Baitulmal MAIWP.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang diperlukan bagi permohonan bantuan ini adalah seperti:

  1. Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (perlulah menutup aurat bagi perempuan)
  2. Satu salinan kad pengenalan:
    – Pemohon
    – Suami
    – Isteri
    – Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin/bekerja). Untuk anak angkat, perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan.
  3. Satu salinan penyata gaji/pencen/PERKESO. Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah. Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
  4. Satu salinan bil utiliti/cukai pintu rumah yang didiami
  5. Satu salinan nombor akaun bank/surat pengesahan akaun bank yang menunjukan maklumat pemohon dan transaksi terakhir/ terkini
  6. Satu salinan sijil pendaftaran perniagaan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang mengandungi muka depan lesen, maklumat pemilik terkini dan maklumat perniagaan.
  7. Satu salinan lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan
  8. Dua keping gambar berwarna berukuran 3R yang menunjukkan pemohon sedang menjalani operasi perniagaan

Lain-Lain Dokumen

Dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan sekiranya pemohon tergolong dalam kategori ini:

  • Keluarga bercerai: Satu salinan surat perakuan cerai/prosiding mahkamah terkini/pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.
  • Ahli keluarga telah meninggal dunia: Satu salinan sijil kematian ibu/bapa/suami/isteri.
  • Saudara baru: Satu salinan kad memeluk Islam.
  • Orang Kelainan Upaya: Salinan kad Orang Kelainan Upaya (OKU).
  • Pengidap sakit kronik: Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.
  • Sedang mengikuti pengajian di IPT: Satu salinan pengesahan pengajian/kad pelajar/surat tawaran belajar.
  • Keluarga bermasalah: Satu salinan laporan polis/surat penjara.
  • Muflis: Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Perniagaan dan Bimbingan Keusahawanan ini, sila hubungi pihak MAIWP ditalian 03-4047 9444 atau melayari laman web https://www.maiwp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!