Permohonan Dana Mudahcara Warisan, Kesenian Dan Kebudayaan Sarawak

Sukacita dimaklumkan Dana Mudahcara Warisan, Kesenian Dan Kebudayaan Sarawak telah dilancarkan. Dana ini disediakan khusus untuk pengiat industri ini di negeri Sarawak. Kerajaan negeri Sarawak melalui Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif & Seni Persembahan Sarawak mempelawa anda untuk memohon dana ini bagi merancakan semula indsutri. Untuk pelaksanaan dana ini, Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan peruntukan sebanyak RM10 juta.

 

Kepada pengiat, industri warisan, kesenian dan kebudayaan di Sarawak yang berminat boleh membuat permohonan dana ni sehingga 28 Oktober 2022.

Apa Itu Dana Mudahcara Warisan Kesenian Dan Kebudayaan Sarawak

Dana Mudahcara Warisan, Kesenian, dan Kebudayaan Sarawak ini adalah Dana Mudahcara yang memberi fokus serta tumpuan sepenuhnya ke atas program, aktiviti dan pembangunan kapasiti yang menyumbang kepada pembangunan sektor warisan, kesenian dan kebudayaan Sarawak sahaja

 

Tujuan geran ini adalah ;

  1. Memberi sokongan dan membantu mempercepatkan pemulihan sektor warisan, kesenian dan kebudayaan di Sarawak daripada impak pandemik Covid- 19;
  2. Menggalakkan dan memastikan kelangsungan program dan aktivitiberkaitan dengan sektor warisan, kesenian dan kebudayaan; serta
  3. Mempertingkatkan kapasiti penggiat individu atau penggiat industri warisan, kesenian dan kebudayaan di Sarawak

Baca juga : EFS : Bantuan Bayi Baru Lahir Sarawak RM1000

Senarai Program & Aktitiviti Layak Di Pertimbangkan

Antara senarai program dan aktiviti yang layak untuk dipertimbangkan untuk mendapatkan dana ini adalah seperti berikut:

 

  1. Bengkel, kelas dan kursus;
  2. Persidangan, simposium, forum, dialog, seminar (termasuk secara dalam talian contohnya webinar);
  3. Pementasan
  4. Pertandingan;
  5. Pameran;
  6. Pesta;
  7. Pendokumentasian (termasuk penerbitan buku dan perfileman);
  8. Kegiatan dan aktiviti yang melibatkan komuniti setempat; dan
  9. Lain-lain program dan aktiviti seumpamanya yang menyumbang kepada pembangunan sektor warisan, kesenian dan kebudayaan

Syarat Permohonan Dana Mudahcara Warisan, Kesenian Dan Kebudayaan Sarawak

Permohonan hanya terbuka kepada warga Sarawak dan pemohon hendaklah terdiri daripada kategori seperti berikut:

  1. Penggiat seni (individu);
  2. Persatuan/Pertubuhan/Badan Bukan Kerajaan (NGO) tempatan; dan
  3. Persatuan/Pertubuhan/Badan Bukan Berorientasikan Keuntungan (NPO) tempatan

Baca juga : MOTAC : Permohonan Bantuan Kewangan Pengusaha Pelancongan 2022

Pengiat Seni

Penggiat seni (individu) perlu mempunyai minimum satu (1) tahun pengalaman profesional, terlibat secara aktif dalam sektor warisan, kesenian dan kebudayaan dan wajib mengemukakan portfolio kerja

 

Persatuan/Pertubuhan/Badan Bukan Kerajaan (NGO) tempatan dan Persatuan/Pertubuhan/Badan Bukan Berorientasikan Keuntungan (NPO) tempatan

  • Hendaklah telah beroperasi sekurang-kurangnya selama tempoh enam (6) bulan
  • Mempunyai maklumat pendaftaran yang sah dan diwajibkan untuk mengemukakan dokumen-dokumen bukti pendaftaran/pengesahan seperti berikut:
    1. Borang 3 – Akta Pertubuhan 1966 dan telah beroperasi sekurang- kurangnya selama enam (6) bulan daripada tarikh permohonan; atau
    2. Persatuan/Pertubuhan/Badan yang bergiat dalam bidang warisan, kesenian, dan kebudayaan yang tidak berorientasikan keuntungan dimana Persatuan/Pertubuhan/Badan ini diwujudkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) iaitu organisasi bukan berorientasikan keuntungan (non-profit making) yang diperbadankan sebagai Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ); dan
    3. Pendaftaran Persatuan/Pertubuhan/Badan yang masih sah.

 

Syarat -Syarat Tajaan

  • Kelulusan Dana Mudahcara hanya akan dipertimbangkan sekiranya kertas cadangan memenuhi kriteria seperti yang dinyatakan di dalam lampiran Senarai Semak Kertas Cadangan Program atau Aktiviti.
  • Setiap permohonan diwajibkan untuk menyatakan faedah/keberhasilan program dan aktiviti yang dicadangkan kepada sektor warisan, kesenian dan kebudayaan, serta juga butiran terperinci anggaran kos program untuk tujuan penilaian pihak Kementerian.
  • Nilai publisiti hasil daripada tajaan perlu setimpal dengan jumlah peruntukan yang disalurkan.
  • Pemohon diwajibkan untuk menyenaraikan senarai penaja yang telah mengesahkan penglibatan dalam program atau aktiviti berkenaan.
  • Pihak penganjur diwajibkan untuk mengambil insurans liabiliti awam (public liability insurance) dan polisinya hendaklah dihantar kepada Kementerian untuk tujuan rekod.
  • Pihak penganjur wajib mempamerkan logo Sarawak State Crest dan Sarawak More to Discover di dalam apa-apa jua bentuk bahan-bahan promosi.
  • Segala bentuk artwork seperti backdrop, banner, fishtail, buku program dan sebagainya hendaklah disediakan sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum program berlangsung dan artwork tersebut perlu mendapatkan pandangan dan kelulusan daripada pihak Kementerian.
  • Pihak penganjur diwajibkan untuk melibatkan Kementerian dalam penganjuran sidang akhbar dan mesyuarat penyelarasan dengan agensi berkaitan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program.
  • Pihak penganjur diwajibkan untuk menyediakan dan mengemukakan press kit serta draf teks ucapan kepada pihak Kementerian sekurang-kurangnya satu (1) minggu sebelum mengadakan sidang akhbar.
  • Jemputan untuk Tetamu Kehormat bagi sesuatu program atau aktiviti tersebut perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak Kementerian.
  • Penajaan yang telah diluluskan boleh ditarik balik sekiranya pihak pemohon gagal melaksanakan program dan aktiviti sebagaimana yang telah dipersetujui di dalam kontrak perjanjian dan pihak Kementerian berhak untuk menuntut kembali jumlah peruntukan yang telah disalurkan

 

Cara Permohonan

  1. Pemohon perlu menghantar surat rasmi permohonan Dana Mudahcara dengan mengisi Borang Permohonan Dana Mudahcara (MTCP/DMWKK/F(1)) dan menghantar kertas cadangan yang lengkap kepada pihak
  2. Permohonan hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada 60 hari atau 2 bulan sebelum tarikh pelaksanaan program atau
  3. Tarikh tutup permohonan Dana Mudahcara ialah 28 Oktober 2022. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan tidak akan diterima.
  4. Kertas cadangan dan hasil laporan perlu dikemukakan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris
  5. Setiap permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

 

Setiausaha Tetap

KEMENTERIAN PELANCONGAN, INDUSTRI KREATIF DAN SENI PERSEMBAHAN SARAWAK,

Tingkat 16, Sayap Kanan, Bangunan Baitulmakmur II, Medan Raya, Petra Jaya,

93050 Kuching, Sarawak. Malaysia. Tel: 082-442226

Faks: 082-442216

 

 

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Dana Mudahcara Warisan, Kesenian Dan Kebudayaan Sarawak, anda boleh berhubung dengan pegawai seranta di Seksyen Seni, Budaya dan Warisan Kementerian.

Anda juga boleh layari website https://mtcp.sarawak.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!