Rumah Kasih Keluarga Malaysia: Bantuan Baik Pulih & Bina Baharu

Rumah Kasih Keluarga Malaysia: Bantuan Baik Pulih & Bina Baharu ~ Ini adalah merupakan berita baik buat mangsa banjir yang terjejas teruk pada hujung tahun lalu khususnya. 

Bantuan Pulih & Bina Baharu Rumah ini merupakan inisiatif pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).  Inisiatif ini dikenali dengan nama, Rumah Kasih Keluarga Malaysia.

Rumah Kasih Keluarga Malaysia

Rumah Kasih Keluarga Malaysia mendapat peruntukkan sebanyak RM50 juta,  di mana kos sebanyak RM5,000 sehingga RM15,000 diperuntukkan bagi baik pulih rumah dan RM56,000 (kos bina baharu). Peruntukkan ini diberikan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Tanggungjawab bersama tersebut dilaksanakan secara bersepadu;  KPKT bertanggungjawab bagi rumah-rumah (kategori bandar) di kawasan seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT), manakala KLPB pula bertanggungjawab bagi rumah-rumah (kategori luar bandar) di luar kawasan pentadbiran PBT.

Selain itu, inisiatif ini juga akan melibatkan peranan pelbagai pihak antaranya di peringkat agensi pusat iaitu Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Kewangan (MOF), Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

Antara lain yang terlibat adalah ialah Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), kerajaan negeri terlibat banjir dan pihak berkuasa tempatan.

Terdapat 3 fasa dalam inisiatif ini iaitu:

  • Fasa 1: Kerja pengumpulan data oleh Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) dijalankan di peringkat daerah. Penyelarasan data di peringkat negeri dijalankan oleh Kerajaan Negeri dan maklumat rakyat yang terkesan akan dikumpulkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU, JPM) sebagai Pusat Data Utama mangsa banjir.
  • Fasa 2: Pemeriksaan, penilaian dan verifikasi data oleh agensi penilai iaitu KPKT, KPLB, JKR dan Kerajaan Negeri.
  • Fasa 3: Kerja-kerja pembinaan atau baik pulih semua rumah yang terkesan sehingga siap dan kemudiannya akan dilaporkan semula kepada ICU, JPM selaku Pusat Data Utama Mangsa Banjir.
Rumah Kasih Keluarga Malaysia

Kadar Bantuan

Kerja-kerja pembinaan semula dan pembaikan rumah disediakan akibat bencana banjir di bawah program bantuan rumah dengan kadar berikut;

  • RM15,000 – baik pulih rumah
  • RM56,000 – bina baharu rumah (Semenanjung)
  • RM68,000 – bina baharu rumah (Sabah & Sarawak)

Cara Membuat Permohonan 

Untuk memohon, sila baca maklumat penting dibawah:

  • Permohonan oleh Ketua Isi Rumah perlu dibuat melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah dan Pejabat Daerah yang berhampiran.
  • Kemudian, permohonan akan disahkan oleh PKOB.
  • Selepas itu, permohonan diserahkan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) untuk diselaraskan dengan agensi-agensi pelaksana.
  • Pelantikan Agensi Pelaksanan.
  • Penyaluran peruntukan akan dibuat melalui KPLB atau Kerajaan Negeri.
  • Pembinaan / pembaikan rumah akan dijalankan.

Sila rujuk infografik di bawah untuk info lanjut:

Rumah Kasih Keluarga Malaysia

Anggaran Jangka Masa Pembaikan / Pembinaan

  • Pembaikan rumah: Tempoh pembaikan semula bergantung kepada tahap kerosakan dan akan dilaksanakan Agensi Pelaksana selepas kelulusan nama daripada PKOB.
  • Pembinaan rumah: Tempoh masa diambil adalah 3 hingga 4 bulan bergantung kepada kesediaan tapak.

NOTA: Cadangan reka bentuk rumah adalah mengguna pakai model JKR iaitu Rumah Kekal Banjir Atas Tiang dan Rumah Kekal Banjir Atas Tanah dengan keluasan 660 kaki persegi menggunakan teknologi IBS.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai Rumah Kasih Keluarga Malaysia, sila rujuk pautan berikut:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!