e-Gtukar: Semakan Keputusan Pertukaran Guru KPM Sesi Jun 2021
Para guru yang telah membuat permohonan pertukaran tempat bertugas, sukacita dimaklumkan bahawa semakan keputusan pertukaran guru melalui e-Gtukar bagi sesi Jun 2021 telah dibuka mulai 1 Jun 2021.
Untuk makluman, e-Gtukar adalah sistem yang dibangunkan bagi urusan pertukaran guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sama ada sekolah rendah atau menengah.
Sistem ini yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu:
- Guru- Hanya pengguna yang telah didaftarkan oleh Pentabir Sistem sahaja dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan modul ini. dan;
- Pentadbir Sistem- Hanya pentadbir sistem yang telah dilantik oleh KPM sahaja dibenarkan untuk menggunakan modul ini mengikut peranan yang telah ditetapkan.
Permohonan pertukaran tempat bertugas boleh dibuat secara online menerusi e-Gtukar melibatkan pertukaran antara bahagian atau negeri, antara daerah dan dalam daerah.
Statistik Pertukaran
Statistik pertukaran antara negeri bagi kategori sekolah rendah antara negeri bagi sesi Julai 2021 adalah seperti berikut:
Manakala, statistik pertukaran bagi kategori sekolah menengah antara negeri bagi sesi Julai 2021 adalah seperti berikut:
Kriteria Layak Membuat Permohonan
KPM memaklumkan terdapat 3 kriteria utama para guru boleh membuat permohonan pertukaran tempat bertugas iaitu:
- Kepentingan perkhidmatan
- Kekosongan jawatan
- Keperluan opsyen di negeri yang dimohon
Gred Guru Yang Boleh Membuat Pertukaran
Tidak semua gred guru boleh membuat permohonan pertukaran tempat bertugas melalui e-Gtukar.
Gred guru yang layak membuat permohonan adalah seperti berikut:
Permohonan secara dalam talian ini dibuka kepada
- DG29
- DG32 (KUP Time-based)
- DG34 (KUP Time-based)
- DG38 (KUP Time-based)
- DG41
- DG42 (KUP)
- DG44 (KUP Time-based)
- DG48 (KUP Time-based)
- DG52 (KUP Time-based)
- DG54 (KUP Time-based)
- Guru Cemerlang
- Guru Tingkatan 6
Cara Membuat Semakan
Untuk membuat semakan keputusan, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://epgo.moe.gov.my/.
- Log masuk dengan memasukkan butiran ID Pengguna, Kata Laluan dan No Kad Pengenalan.
- Klik bahagian semakan untuk mengetahui keputusan pertukaran.
- Setelah selesai, klik pada bahagian ‘Log Keluar.’
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut atau masalah mengenai sistem e-Gtukar sila hantar email ke [email protected]