Tawaran Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk Untuk Pelajar Tingkatan 4 & 5 Sesi 2022.
Tawaran Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk Untuk Pelajar Tingkatan 4 & 5 Sesi 2022~ Sukacita dimaklumkan tawaran bagi Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk kini dibuka.
Untuk makluman permohonan ini hanya dibuka bagi kemasukan pelajar ke tingkatan 4 & 5 bagi sesi persekolahan tahun 2022.
Baca Juga : Permohonan Biasiswa FWD Takaful 2022 Untuk Pelajar IPT
Tarikh Permohonan
Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal ini dibuka bermula 21 Mac 2022 hingga 15 April 2022.
Syarat Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal
Calon perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia. Bermastautin di Negeri Perak.
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi had kifayah (had kecukupan).
- Permohonan hanya terbuka kepada pelajar tingkatan empat (4) dan lima (5) sahaja.
- Aktif dalam penglibatan Kokurikulum.
- Pelajar adalah anak kepada ketua keluarga atau penjaga daripada keluarga Asnaf Fakir / Miskin (tertakluk had kifayah).
- Tidak menerima bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) atau bantuan daripada mana-mana pihak /agensi.
- Pencapaian pelajar mestilah memperolehi 6A (Tahap 6) dalam Penilaian Akhir Tahun 2021.
Manfaat Yang Ditawarkan
Pelajar bakal menikmati manfaat skim ini seperti berikut :
- Menerima biasiswa tahunan
- Berpeluang mengikuti tuisyen tajaan
- Berpeluang menyertai program-program kecemerlangan anjuran MAIPk
Cara Memohon
Pelajar yang berminat boleh dapatkan segera Borang Bantuan Biasiswa Pelajaran Baitulmal daripada pejabat MAIPk terdekat.
Pelajar juga boleh muat turun borang daripada portal rasmi MAIPk melalui pautan berikut :
BORANG PERMOHONAN SKIM BIASISWA BAITULMAL
Dokumen Yang Diperlukan
Pelajar juga diminta untuk sertakan bersama dokumen bagi memohon biasiswa ini seperti berikut :
- Salinan Kad Pengenalan / Pasport pemohon
- Salinan Kad Pengenalan bapa / penjaga
- Salinan Kad Pengenalan ibu / pasangan penjaga
- Salinan Kad Pengenalan semua ahli isi rumah
- Salinan penyata pendapatan bapa / penjaga
- Salinan penyata pendapatan ibu / pasangan penjaga
- Salinan Sijil Kokurikulum Salinan penyata / buku akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Al-Wadiah terkini (jika ada)
Dokumen Tambahan
Pelajar Tingkatan 4
Salinan Keputusan Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Pencapaian Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) minima 6A
Pelajar Tingkatan 5
Salinan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun tingkatan 4 Pencapaian Peperiksaan Akhir Tahun tingkatan 4 minima 6A.
Panduan Mengisi Borang
Pemohon perlulah rujuk garis panduan mengisi borang yang telah ditetapkan di bawah bagi mengelakkan sebarang kesulitan. :
- Borang mesti diisi dengan menggunakan HURUF BESAR.
- Setiap permohonan mestilah dibuat atas nama pelajar.
- Hanya borang yang lengkap akan diproses.
- Borang permohonan hendaklah dihantar ke Pejabat Pentadbiran MAIPk Daerah mengikut alamat tempat tinggal.
- Permohonan hendaklah dihantar mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
- Hantar borang dan dokumen yang telah lengkap ke pejabat pentadbiran MAIPk terdekat atau pos ke alamat berikut:
Unit Pembangunan Pendidikan,
Bahagian Agihan Zakat
Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.
Maklumat Lanjut
Untuk makluman lanjut, sila hubungi nombor talian berikut:
019-5711383 (Unit Pendidikan, MAIPk)