Permohonan Bantuan Kewangan Dana Siswa HEPA UMT 2022

Terkini permohonan Bantuan Kewangan Dana Siswa HEPA UMT2022 telah di buka. Tarikh tutup permohonan adalah pada 08 – 15 jun 2022.

Pejabat Hal Ehwal Pelajar (PHEP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) memberi ruang bantuan berbentuk kewangan ini bagi membantu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah kewangan yang kritikal. Keutamaan diberikan kepada pelajar dari keluarga kategori b40.

 

Bantuan Kewangan Dana Siswa HEPA UMT

dana siswa hepa umt 2022

HEPA UMT berperanan utama dalam penyediaan perkhidmatan secara langsung bagi membantu pembangunan holistik, kebajikan, sahsiah dan insaniah pelajar universiti untuk mencorak keperibadian unggul dan menggilap potensi diri melalui pelbagai aktiviti dan program yang telah disediakan. Pengukuhan potensi diri melalui latihan, kepimpinan dan kesukarelawanan dapat menghasilkan modal insan yang dinamik, profesional dan terlatih. Penempatan pelajar yang kondusif dan selamat serta dituruti dengan keterlibatan Alumni secara berterusan merupakan pemangkin utama kepada kecemerlangan sumber manusia pada masa akan datang.

Baca juga : Bantuan BUDI Sabah 2022 : Bayaran Tunai Secara One-Off Pendaftaran IPT

Objektif HEPA UMT

  • Menghasilkan pelajar yang holistik melalui pemerkasaan aktiviti kepimpinan dan kaunseling.
  • Menyediakan penempatan dan prasarana yang kondusif bagi menyokong aktiviti pembangunan sahsiah pelajar di kolej siswa.
  • Melahirkan pelajar “Thinking Athlete” berbudaya sukan ke arah sihat dan cergas.
  • Memperkasakan graduan yang bercirikan keusahawanan dan mempunyai tahap kebolehpasaran yang tinggi.
  • Memperkasakan bakat dan pemindahan ilmu menerusi seni persembahan.
  • Memperluaskan jaringan dan mempereratkan hubungan alumni bagi menyokong kelestarian universiti.

 

Selaras dengan tujuan dan objektif HEPA UMT, DANA siswa ini adalah sebahgian insentif bagi membantu pelajar-pelajar yang layak dan mempunyai masalah dari segi kewangan, agar dapat mengurangkan sedikit bebanan pelajar dan dapatmeneruskan pengajian sehingga tamat dengan jayanya.

Tarikh Permohonan

Pelajar-pelajar UMT yang layak dan memerlukan bantuan dana ini, boleh mula membuat permohonan bermula pada08 -15 Jun 2022

Syarat Permohonan

  • Terbuka kepada semua pelajar Pra Siswazah UMT
  • Pelajar Islam & Non Muslim berstatus Aktif
  • Pelajar yang berpendapatan Keluarga B40
  • Pelajar yang menghadapi masalah Kewangan yang Kritikal

Cara Permohonan Dana Siswa HEPA UMT

Permohonan boleh di buat secara atas talian melalui laman website https://mynemo.umt.edu.my/

  • Login mynemo
  • Klik HEPA
  • Pilih My Ihsan
  • Klik permohonan baru/isi/kemaskini profile pemohon
  • Pilih Dana Asnaf
  • Isi maklumat berkaitan
  • Hantar untuk pengesahan

 

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Kewangan Dana Siswa HEPA UMT 2022, anda boleh hubungi ;

Seksyen Tajaan dan Kebajikan Pelajar, Pejabat Hal Ehwal Pelajar

Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Tel : 09-66843233

Website : https://hepa.umt.edu.my/

 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!