Didik ANIS 2022 : Bantuan Kewangan Secara One Off

Tawaran bantuan kewangan Didik ANIS 2022 kepada insituti pendidikan anak isitimewa yang menjalankan  Early Intevention Program (EIP) telah dibuka.

Pendaftaran untuk permohonan bantuan ini boleh di buat mulai 17 Mei sehingga 31 Mei 2022

Bantuan ini khusus untuk insitusi yang bergerak di negeri Selangor sahaja. Insiatif ini merupakan salah satu bantuan dari kerajaan negeri Selangor yang disalurkan melalui Yayasan Wanita Anak Selangor YAWAS

Apa Itu Didik ANIS

didik anis 2022

Bantuan kewangan secara one-off kepada instituti pendidikan anak istimewa yang menjalankan Early Intevention Program (EIP) atau Program Intervensi Awal untuk anak istimewa selangor (ANIS) di Selangor shaja

 

Program Bantuan Didik Anak Istimewa Selangor (ANIS) telah dilaksanakan bermula pada tahun 2017.

Bantuan Didik ANIS ini terbuka kepada semua Institusi Pendidikan Anak Istimewa dan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berdaftar yang menjalankan Early Intervention Program (EIP) atau Program Intervensi Awal untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor sahaja. Peruntukan Bantuan Didik ANIS ini diberikan secara one-off kepada pemohon.

Permohonan bantuan Didik ANIS dibuat oleh pemohon dengan mengisi dan menghantar borang permohonan beserta dokumen sokongan di laman web ANIS

Objektif Utama Didik ANIS adalah:

  1. Membantu Institusi Pendidikan Anak Istimewa yang menjalankan Early Intervention Programme (EIP) di negeri Selangor.
  2. Memberi peluang pada Institusi Pendidikan Anak Istimewa agar dapat menaiktaraf keperluan di pusat tersebut
  3. Membantu anak istimewa di Selangor untuk menerima Early Intervention Programme (EIP) dengan lebih berkesan dan sistematik.

Tarikh Pendaftaran

Tarikh pendaftaran bermula dari 17 Mei 2022 Hingga 31 Mei 2022

Syarat dan kelayakan

  1. Terbuka kepada semua Institusi Pendidikan Anak Istimewa berdaftar yang menjalankan Early Intervention Program (EIP) untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor sahaja.
  2. Melengkapkan permohonan dan melampirkan dokumen sokongan.

 

Dokumen di Perlukan

  1. Borang Profil lengkap Institusi Pendidikan Anak Istimewa (borang yang diisi di website)
  2. Salinan sijil pendaftaran pertubuhan/sijil pendaftaran dengan undang-undang tubuh yang disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan/ Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  3. Senarai nama dan sijil petugas Institusi.
  4. Senarai nama pelatih/kanak-kanak beserta umur, nombor kad pengenalan dan jenis kecacatan/kurang upaya/permasalahan.

Cara Pembayaran Didik ANIS

Pembayaran akan dibuat terus ke akaun agensi yang memohon

didik anis

Cara Permohonan

 

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman sesawang
    www.anisselangor.com/didikanis
  2. Pemohon diminta untuk muat turun borang yang diisi di website dan lampirkan bersama dokumen sokongan seperti yang dinyatakan
  3. Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.
  4. Borang permohonan dan dokumen boleh dihantar secara fizikal di alamat berikut:Pusat ANIS, East Entrance, Lot G26-28 ,
    Tingkat G Bangunan IDCC,
    Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15,
    40200 Shah Alam, Selangor

 

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Didik ANIS 2022, anda boleh layari website https://www.anisselangor.com/ atau hubungi talian 03-55453170

 

 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!