BPR Fasa 2: Semakan Status Kelayakan & Tarikh Bayaran

Orang ramai yang telah memohon dan menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 1 sebelum ini boleh membuat semakan BPR Fasa 2 secara atas talian mulai 7 Mei 2021.

Untuk makluman, BPR merupakan bantuan yang telah diumumkan oleh kerajaan menerusi Belanjawan 2021 kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban mereka akibat kesan pandemik COVID-19.

Pemberian BPR kali ini adalah menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) yang telah diperkenalkan oleh kerajaan sebelum ini.

Sebelum ini, pemberian BPR Fasa 1 telah dilaksanakan oleh kerajaan pada 24 Februari 2021 melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.93 bilion.

Bagi BPR Fasa 2 pula, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2.75 bilion kepada semua kategori penerima.

Kategori Penerima

Menerusi BPR, terdapat 3 kategori penerima yang akan menerima bantuan iaitu:

  • Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas
  • Keluarga yang mempunyai sehingga seorang anak
  • Keluarga yang mempunyai 2 orang anak atau lebih

Kadar Bayaran

Kadar bayaran BPR yang ditetapkan adalah berbeza mengikut kategori dan jumlah pendapatan isi rumah.

Untuk BPR Fasa 2, kadar pembayaran yang akan diterima oleh individu yang layak adalah seperti berikut:

KategoriJumlah PenerimaKadar Bayaran
Isi rumah3.6 juta RM150-RM400
Warga Emas1.0 jutaRM300-RM600
Bujang3.8 jutaRM200-RM350

Tarikh Pembayaran

Untuk penerima yang bakal menerima BPR Fasa 2, tarikh pembayaran yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Penerima mempunyai akaun bank: 7 Mei hingga 12 Mei 2021
  • Penerima tidak mempunyai akaun bank: Mulai 17 Mei 2021

Semakan Status Kelayakan

Individu yang ingin membuat semakan kelayakan BPR, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari portal rasmi BPR iaitu https://bpr.hasil.gov.my.
  2. Log masuk dengan menggunakan no. kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Klik butang ‘Semak Status’
  4. Statuspermohonan dan kelayakan dipaparkan.

Permohonan Rayuan

Bagi individu yang telah ditolak permohonan BPR mereka, mereka berpeluang untuk mengemukakan rayuan mulai 15 Jun hingga 30 Jun 2021.

Mereka yang membuat rayuan boleh mengemukakan dokumen yang berkaitan untuk disemak oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM).

Pertanyaan Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan mengenai BPR, sila hubungi pihak LHDNM di talian 1-800-88-2747 atau hadir ke cawangan LHDNM yang berhampiran.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!