Sumbangan Laptop & Tablet Agro Digital Untuk Warga Tani Selangor

Tawaran Sumbangan Laptop & Tablet Agro Digital Untuk Warga Tani Selangor 2022 ~ Sukacita dimaklumkan tawaran bagi sumbangan bantuan laptop dan tablet dari Agro Digital kini dibuka.

Bantuan ini disalurkan di bawah kerajaan negeri Selangor menerusi Jawatankuasa Tetap Pertanian Negeri Selangor.

Insentif ini digerakkan bagi membantu keluarga warga tani berpendapatan rendah dan mempunyai ahli keluarga yang menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdPr) pada waktu pandemik menerusi laptop atau tablet.

Bantuan dari Agro Digital ini diharap dapat membantu anak-anak warga tani untuk jalani PdPr dengan lebih baik menerusi laptop atau tablet yang disumbangkan.

Baca Juga : Permohonan Skim i-Bisnes Hijrah Selangor RM50,000

Sumbangan Laptop & Tablet Agro Digital

Tarikh Permohonan Bagi Sumbangan Peranti dari Agro Digital Selangor

Permohonan bagi bantuan ini boleh dibuat dari 21 Februari 2022 hingga 28 Februari 2022 jam 12.00 tengah malam.

Jumlah Laptop dan Tablet

Jumlah laptop dan tablet yang akan diberikan menerusi program Sumbangan Laptop & Tablet Agro Digital ini adalah seperti berikut :

  • Laptop : 100 buah
  • Tablet : 50 buah

Syarat-Syarat Bagi Permohonan Sumbangan Laptop & Tablet Agro Digital

Calon yang berminat untuk kemukakan permohonan bagi bantuan Laptop & Tablet Agro Digital perlu menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :  

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
  • Merupakan warga tani di Selangor yang mendaftar dengan Jabatan / Agensi Pertanian Selangor.
  • Pemohon terlibat aktif dalam sektor pertanian, perikanan, penternakan dan industri asas tani di Selangor.
  • Mempunyai ahli keluarga yang sedang menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdPr).
  • Pendapatan isi rumah adalah RM 2,000 dan kebawah sebulan.

Cara Memohon Bantuan Laptop & Tablet Agro Digital

Pemohon boleh ikuti cara permohonan seperti di bawah :

  1. Klik link pautan permohonan berikut https://forms.gle/XA58S6GFMzmijovS7.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  3. Muat naik dokumen yang diperlukan iaitu bukti bergambar sedang menjalankan aktiviti pertanian/perikanan/penternakan/industri asas tani.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan laptop dan tablet dari Agro Digital, sila ajukan emel ke alamat emel seperti berikut :

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!