Bantuan Zakat Khas MAIWP Insani Untuk Golongan Asnaf

Berita baik untuk asnaf, Bantuan Zakat Khas MAIWP Insani akan diberikan kepada setiap asnaf yang menerima Skim Bantuan Kewangan Bulanan di Wilayah Persekutuan. MAIWP Insani merupakan bantuan tambahan bagi menangani bebanan kewangan asnaf kesan daripada inflasi negara.

Setiap penerima akan menerima bantuan khas ini berjumlah RM500.00. Bagi bulan Ogos sebanyak RM250.00 dan Disember RM250.00 yang akan dikreditkan secara berperingkat ya bermula 19 Ogos 2022.

Jumlah Bantuan

Kadar bantuan MAIWP Insani yang ditawarkan adalah sebanyak RM 500. Di berikan secara berperingkat

maiwp insani

Tarikh Bayaran Bantuan Zakat Khas MAIWP Insani

Penerima yang berkelayakan akan menerima bantuan khas secara berperingkat seperti berikut :

  • Fasa 1 : Mulai 19 Ogos 2022 (RM 250)
  • Fasa 2 : Mulai Disember 2022 (RM 250)

Syarat Kelayakan

Pemohon perlulah menepati syarat kelayakan seperti berikut :

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah
  • Pemohon merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP.

Permohonan Bantuan Zakat Khas MAIWP Insani

Untuk makluman, tiada sebarang permohonan diperlukan, bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun asnaf yang menerima bantuan bulanan MAIWP.

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjutUntuk lanjut tentang Bantuan Zakat Khas MAIWP Insani, bakal diberitahu kemudian sekiranya terdapat perkembangan terbaru daripada MAIWP.

Anda juga boleh ikuti laman Facebook Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk ketahui maklumat terkini.

Lain-lain Jenis Skim Bantuan Zakat MAIWP

Antara Jenis Skim Bantuan Zakat MAIWP yang lain adalah seperti ;

Pembangunan Asnaf

  • Bantuan Kewangan Bulanan
  • Bantuan Aidilfitri
  • Bantuan Khairat Asnaf
  • Bantuan Menyelesaikan Hutang (Al-Gharimin)
  • Bantuan Perubatan (Hemodialisis, Peralatan Kesihatan,AM dan Khas kanak-kanak OKU)
  • Bantuan Guaman Syarie
  • Bantuan Perkahwinan
  • Bantuan Kecemasan
  • Bantuan Musibah
  • Bantuan Tambang Dan Keperluan Diri

Perlindungan

  • Bantuan Deposit Sewa Rumah dan Sewa Rumah Bulanan
  • Bantuan Membina / Membaiki Rumah
  • Bantuan Deposit Beli Rumah Kos Rendah

Ekonomi

  • Bantuan Perniagaan dan Bimbingan Keusahawanan
  • Bantuan Pertanian / Perikanan / Penternakan
  • Bantuan Motosikal Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi
  • Bantuan Deposit Kenderaan Perniagaan

Pendidikan

  • Bantuan Am Persekolahan & Persediaan Sekolah Berasrama
  • Bantuan Pakaian dan Peralatan Persekolahan
  • Bantuan Tuisyen
  • Bantuan Am Pelajaran IPT /  Bantuan Persediaan IPT
  • Bantuan Pelajar Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL)
  • Bantuan Pelajaran Kolej Universiti Antarabangsa Sains Perubatan PUSRAWI (PIUC)
  • Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran
  • Bantuan Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang

Pembangunan Ummah

  • Bantuan Aktiviti Dakwah & Kebajikan
  • Bantuan Institusi Tahfiz dan Rumah Perlindungan
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!