Program eBelia Pemerkasa: Tebus Kredit eWallet RM150 Mulai 1 Jun 2021
Selain Program Jaringan Prihatin, belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang layak akan menerima kredit eWallet sebanyak RM150 menerusi program eBelia Pemerkasa.
Untuk makluman, program eBelia ini adalah sebahagian daripada Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mac 2021 yang lalu.
Tujuan utama program eBelia ini dilaksanakan adalah untuk meringankan beban kewangan pada belia dan pelajar IPT serta menggalakkan perbelanjaan tanpa tunai.⠀
Penebusan untuk program eBelia ini boleh mula dibuat dari 1 Jun hingga 22 Julai 2021 dan kredit tersebut boleh digunakan sehingga 31 Julai 2021.
Aplikasi eWallet Terlibat
Terdapat 4 aplikasi eWallet yang boleh ditebus menerusi program eBelia ini iaitu:
- BigPay
- Boost
- Grab Pay
- Touch n Go eWallet
Syarat Kelayakan
Penerima kredit eWallet ini perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan iaitu:
- Belia berumur 18 hingga 20 tahun (lahir pada tahun 2001 hingga 2003); atau
- Belia yang sedang melanjutkan pengajian di IPT secara sepenuh masa dalam negara di peringkat diploma atau SKM4 ke atas.
Cara Penebusan
Untuk membuat penebusan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Muat turun aplikasi eWallet sama ada BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet daripada Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.
- Install dan daftar bagi pengguna baharu.
- Ikuti arahan yang disediakan bagi membuat verifikasi identiti pengguna.
- Masukkan maklumat yang diperlukan pada paparan tuntutan eBelia dan klik butang ‘Hantar.’
- Status penebusan akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya.
Soalan Lazim
Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk meringankan beban kewangan pada belia dan pelajar IPT serta menggalakkan perbelanjaan tanpa tunai.⠀
Jumlah kredit eWallet yang diterima melalui program eBelia adalah sebanyak RM150.
Terdapat 4 aplikasi yang boleh digunakan untuk membuat penebusan iaitu BigPay, Boost, Grab Pay, dan Touch n Go eWallet.
Penebusan kredit eWallet boleh mula dibuat mulai 1 Jun 2021.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan-bantuan Pemerkasa yang lain sila layari laman web https://belanjawan2021.treasury.gov.my/index.php/ms/pemerkasa.