Cara Mohon PTPTN Untuk Pelajar IPTA, IPTS dan Politeknik 2022
Cara Mohon PTPTN Untuk Pelajar IPTA, IPTS dan Politeknik 2022 ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bagi pembiayaan PTPTN untuk pelajar IPTA,IPTS dan Politeknik kini dibuka.
Jika anda terlepas tempoh permohonan sebelum ini, jangan risau ! Kini anda boleh ikuti permohonan PTPTN Kelompok 2.
Baca Juga : PPBU Bank Rakyat : Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah
Tarikh Permohonan PTPTN
Calon boleh mohon pembiayaan PTPTN melalui permohonan Kelompok 2.
Tarikh permohonan untuk Kelompok 2 dibuka mengikut tarikh berikut :
1 Mac 2022 sehingga 31 Mac 2022
Syarat Permohonan
Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
- Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
- Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;
- Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon;
- Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas;
- Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
- Tiada penaja lain; dan
- Telah membuka akaun SSPN-i**.
NOTA:
**Hanya akaun SSPN-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun SSPN-i 15 digit.
Boleh juga baca: Cara daftar akaun SSPN online
Untuk pelajar yang ingin membuka akaun Bank Islam sendiri boleh ke pautan berikut: https://vao.bankislam.vom.my/
Cara mohon PTPTN Secara Atas Talian
Berikut adalah langkah-langkah untuk daftar permohonan PTPTN secara atas talian:
- Pemohon perlu sediakan surat tawaran kemasukan ke IPT terlebih dahulu
- Pastikan anda sudah membuka akaun SSPN
- Pemohon perlu membeli No. Pin PTPTN yang bernilai RM5.00 di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). (No. PTPTN hanya sah dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pembelian)
- Pemohon perlu mempunyai akaun bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing.
- Semak tarikh permohonan di atas. Pastikan buat permohonan sebelum tarikh tutup.
- Klik PENDAFTARAN PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN.
- Klik PENDAFTARAN PERMOHONAN PINJAMAN di laman berikut.
- Isi selengkapnya pendaftaran seperti yang diminta sehingga BERJAYA.
Boleh rujuk infographik di bawah untuk permohonan pertama kali :
Pemberhentian Pinjaman
Pinjaman PTPTN akan diberhentikan atas sebab-sebab berikut:
- Gagal/berhenti pengajian peringkat/jurusanIPT yanh diluluskan semasa memohon pinjaman pendidikan
- Pelajar membuat pembatalan pinjaman pendidikan PTPTN
- Pemalsuan maklumat semasa permohonan
- Peminjam diisytihar muflis
Maklumat lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut tentang cara mohon PTPTN , boleh hubungi melalui medium berikut:
- Mesej di messanger Facebook Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
- Nombor telefon Careline: 03 – 2193 3000, Faks: 03 – 2193 1263 atau e-Aduan iCare di portal rasmi PTPTN.
- Alamat surat Menyurat:
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.