Insentif Seni JKKN 2022 Buat NGO dan Penggiat Seni
Insentif Seni Kewangan JKKN 2022 Buat NGO & Penggiat Seni ~ Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran bagi Insentif Seni Kewangan JKKN 2022 buat NGO dan penggiat seni kini dibuka.
Insentif ini ditawarkan bagi memperkasakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) seni budaya dan penggiat seni budaya bagi menambah upaya mereka dalam melaksanakan program berkaitan seni budaya.
Baca Juga : Bantuan Insentif Sektor Pelancongan 2022 Negeri Johor
JKKN menawarkan 4 insentif kepada NGO dan penggiat seni berupa modal permulaan untuk menampung sebahagian kos program atau aktiviti seni dan budaya.
Insentif yang ditawarkan adalah seperti berikut :
- Insentif Seni Kewangan
- Insentif Seni Ruang
- Insentif Seni Kepakaran
- Insentif Seni Promosi
Tempoh Permohonan
Untuk makluman, permohonan bagi Insentif Seni Kewangan oleh JKKN dibuka mengikut sesi. Tarikh permohonan bagi setiap sesi adalah seperti butiran berikut :
Kadar Bantuan & Insentif Yang Ditawarkan
Bantuan kewangan berupa modal permulaan akan diberikan bagi menampung sebahagian kos program atau aktiviti seni dan budaya.
Maksimum pemberian bantuan adalah sebanyak RM 15,000.
Skop Program atau Aktiviti Seni Bagi Insentif Seni Kewangan JKKN 2022
Skop program atau aktiviti seni budaya yang akan dipertimbangkan untuk menerima bantuan adalah seperti berikut :
- Pembangunan Kandungan
- Pembangunan Kapasiti dan Sidang Keilmuan
- Penyelidikan dan Pembangunan Seni Budaya
- Pembangunan Modal Insan Seni
- Program Jangkauan Seni Budaya
- Program Penyemarakan Seni Budaya
Cara Memohon
NGO seni budaya mestilah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mengikut Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966;
Univerisiti Awam perlulah memohon melalui Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM).
Yayasan berkaitan seni budaya yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang bukan bersifat keuntungan boleh dipertimbangkan permohonannya dengan menyertakan dokumen tambahan. (Dokumen sokongan perlulah relevan untuk menyatakan yayasan bukan bersifat keuntungan).
Pemohon perlulah mendaftar sebagai NGO seni budaya JKKN dalam laman sesawang JKKN di bawah Perkhidmatan BBK Seni Budaya : Borang Permohonan.
Keutamaan bagi penerimaan insentif akan diutamakan bagi program atau aktiviti seni budaya yang berasaskan atau mengangkat seni, budaya dan warisan Malaysia.
Pemohon boleh ikuti garis panduan permohonan melalui pautan di bawah :
GARIS PANDUAN INSENTIF SENI KEWANGAN 2022
GARIS PANDUAN INSENTIF SENI RUANG 2022
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pegawai penyelaras JKKN di negeri masing-masing atau layari pautan berikut :