Sumbangan Kesihatan Rahmah (SKR) Felda RM300

Terkini Sumbangan Kesihatan Rahmah (SKR) -FELDA diberikan kerajaan sebagai insentif khas sebanyak RM300 bagi warga peneroka berusia 65 tahun ke atas.

Selain daripada itu, YAB Dato Seri Anwar Ibrahim mengumuman beberapa berita menarik mengenai insiaitf khas bagi warga FELDA sempena Sambutan Hari Peneroka FELDA 2023 yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) pada Jumaat 7 Julai 2023 yang lalu. Antara intipati sumbangan khas untuk warga FELDA yang diumumakan Perdana Menteri ;

  • Mansuhkan hutang peneroka berjumlah RM8.3 bilion.
  • Perkenal Sumbangan Kesihatan Rahmah sebanyak RM300 bagi peneroka berumur 65 tahun ke atas.
  • Bina 12 buah Pusat Hemodialisis.
  • Tanggung perbelanjaan bagi 37,012 lampu jalan di rancangan FELDA seluruh negara.
  • Siapkan baki 283 unit Perumahan Generasi Baru FELDA (PGBF) yang terbengkalai.
  • Jadikan FELDA sebagai peneraju transformasi digital menerusi Digital MADANI.
  • Bantu peneroka beralih kepada tanaman komoditi.
  • Subsidi diesel bagi operasi penjanaan tenaga & rawatan air di kawasan Sabah

Apa Itu Sumbangan Kesihatan Rahmah (SKR)

sumbangan kesihatan rahmah

Merupakan insentif khas yang diberikan oleh kerajaan kepada Peneroka FELDA berumur 65 tahun ke atas berjumlah RM300 melalui Sumbangan Kesihatan Rahmah (SKR). Insentif ini keseluruhannya berjumlah RM21.21 juta bakal memanfaatkan 70,715 warga peneroka.

Selain daripada itu, Dato Seri Anwar Ibrahim juga sedia maklum tentang kesusahan peneroka yang terpaksa berulang alik jauh ke hospital untuk menjalani rawatan hemodialisis, justeru 12 pusat hemodialisis akan dibina dengan peruntukan RM21 juta di semua wilayah Felda dan sebuah lagi di premis Yayasan Felda di Kelana Jaya.

Pembinaan pusat dialisis ini dijangka dapat memberi manfaat dan meringkan beban hampir 2,000 pesakit di kawasan perancangan FELDA yang selama ini terpaksa menempuh perjalanan sehingga dua jam bagi mendapatkan rawatan dialisis

Cara Mohon Sumbangan Kesihatan Rahmah (SKR)

Warga negara Malaysia. Merupakan penduduk FELDA yang berusia 65 tahun ke atas. Syarat-syarat, kaedah pelaksanaan dan permohonan insiatif kesihatan rahmah belum lagi di nyatakan secara terperinci setakat ini. Maklumat lanjut berkaitan akan menyusul sebaik sahaja ianya telah di maklumkan oleh pihak yang berwajib.

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai Sumbangan Kesihatan Rahmah, anda juga boleh layari: https://www.felda.gov.my/ atau menerusi https://malaysiamadani.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!