PPBU Bank Rakyat | Permohonan Pembiayaan Boleh Ubah 2022

Permohonan Pembiayaan Boleh Ubah (PPBU) | Bank Rakyat 2022 ~ Sukacita dimaklumkan, permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Bank Rakyat 2022 akan dibuka mulai 15 Februari 2022 sehingga 15 Mac 2022.

Permohonan Pembiayaan Boleh Ubah (PPBU) 

Permohonan Pembiayaan Boleh Ubah (PPBU) adalah merupakan inisiatif Bank Rakyat melalui Yayasan Bank Rakyat. Pembiayaan ini adalah terbuka untuk semua peringkat pengajian seperti berikut: 

  • Sijil Kemahiran
  • Diploma Kemahiran
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Sarjana
  • Sijil Profesional

Matlamat pembiayaan ini adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan membolehkan pelajar yang berpotensi untuk menerima pendidikan sarjana muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta tempatan dan Institut Latihan di negara ini secara sepenuh masa.

PPBU ditawarkan kepada pemohon yang telah mendapat kemasukan dan berada di tahun pertama pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dan Institut Latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (NVTC).

PPBU menyediakan bantuan pendidikan untuk pengajian sarjana muda dalam spektrum luas mata pelajaran akademik dan praktikal yang pada pendapat ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR berorientasikan yang terbaik kepada keperluan pembangunan sosial dan ekonomi negara dan masyarakat.

PPBU Bank Rakyat

Kelebihan PPBU Bank Rakyat

  • Peminjam tidak perlu buat sebarang bayaran balik pinjaman jika tamat pengajian dengan CGPA 3.50 ke atas!
  • Bagi yang tamat pengajian dengan CGPA 3.00 – 3.49 anda hanya perlu bayar 30% sahaja dari jumlah pembiayaan.

Rujuk jadual pembayaran balik PPBU Bank Rakyat di bawah:

CGPADISKAUNPEMBAYARAN BALIK
3.50-4.00100%0%
3.33-3.4990%10%
3.00-3.3280%20%
2.75-2.9950%50%
2.50-2.7430%70%
<2.500%100%

Jumlah Pembiayaan Yang Ditawarkan

Jumlah yang ditawarkan melalui Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) / Biasiswa sepadan dengan tahap pengajian seperti berikut:

a. Ijazah Kedoktoran: Sehingga RM18,600 setahun

b. Ijazah Sarjana: Maksimum RM12,000 setahun

c. Ijazah Sarjana Muda: Maksimum RM9,500 setahun (RM6,500 untuk UiTM)

d. Diploma: Maksimum RM7,500 setahun (RM5,000 untuk UiTM dan Politeknik)

e. Diploma Kemahiran: Sehingga RM30,000 (Sehingga 3 tahun).

f. Sijil Kemahiran: : RM4,920 setiap peringkat (peruntukan termasuk yuran dan kos sara hidup).

PPBU Bank Rakyat

Kursus Yang Ditawarkan

Pembiayaan ini terbuka kepada semua bidang pengajian. kecuali kursus Perubatan dan Penerbangan (Lesen). Keutamaan diberikan kepada bidang pengajian berikut:

  1. Perakaunan
  2. Perbankan
  3. Pengurusan perniagaan
  4. Sumber Manusia
  5. Ekonomi
  6. Komunikasi Media
  7. Undang-undang
  8. Sains Aktuari

Syarat Kelayakan 

Terbuka kepada warganegara Malaysia yang telah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran dan memenuhi syarat kelayakan akademik berikut:-

  1. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun semasa memohon Pembiayaan PPBU, dan tidak melebihi 30 tahun selepas tamat pengajian (Permohonan Sijil Kemahiran, Diploma, Diploma Vokasional, Ijazah Sarjana Muda dan Profesional).
  2. Manakala bagi pemohon Sarjana dan PhD, calon dikehendaki menamatkan pengajian sebelum umur 45 tahun.
  3. Pemohon hendaklah melanjutkan pelajaran mereka SEPENUH MASA. Pelajar SAMBILAN tidak layak memohon.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian. Sila layari laman web Yayasan Bank Rakyat di pautan berikut: www.yayasanbankrakyat.com.my 

NOTA: Pelajar dikehendaki membuka Akaun Simpanan Bank Rakyat sebelum memohon Tajaan PPBU dengan jumlah minimum RM 100.00

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui info lanjut, sila rujuk Soalan Lazim di pautan berikut: 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!